Artikel Pilihan

ENJIN X 12 SILINDER. 36400CC DENGAN 1500 KUASA KUDA UNTUK T-14 ARMATA

Rekaan enjin datang dengan pelbagai jenis susunan silinder yang diatur dengan semakin banyak silinder, makin tinggi kuasa kuda yang akan dihasilkan. Bagi kebanyakan enjin moden, ia akan menggunakan susunan 4 silinder ataupun 3 silinder yang terbukti lebih efisyen dan ringkas.

Namun satu ketika dulu, enjin akan datang dengan susunan 6 silinder sebaris, enjin susunan V6, V8, enjin radial, dan setakat ini enjin Bugatti disusun dalam bentuk huruf W 16 silinder. Bagi Mazda pula, mereka lebih popular dengan enjin rotari tanpa piston.

Tapi pernahkah anda mendengar enjin 12 silinder yang disusun dalam huruf X? Jika belum ini bermakna anda belum mengetahui tentang kewujudan enjin Chelyabinsk 12N360 yang digunakan pada kereta kebal generasi terbaru Russia iaitu T-14 Armata

Enjin ini dihasilkan daripada 2 enjin V6 digabungkan bagi membentuk huruf X dengan sesaran enjin mencecah sehingga 34,600cc. Ya, itulah saiz enjin yang digunakan oleh kereta kebal T-14 Armata Russia ini

12N360 menghasilkan sekitar 1500 kuasa kuda dengan tetapan yang konservatif, tapi kuasa ini boleh dinaikkan menjadi 2000 kusa kuda. Keadaan ini menyebabkan jangka hayat enjin ini menjadi lebih pendek walaupun ia hanya beroperasi pada 2000 RPM maksimum

Dengan tetapan kuasa 1500 kuasa kuda, enjin ini boleh bertahan sehingga 2000 jam. Tapi jika jurutera menurunkan kuasa kuda kepada 1200 kuasa kuda, maka enjin ini boleh bertahan sehingga 10,000 jam.

Ketika ia digunakan pada tetapan 2000 kuasa kuda, enjin ini akan menelan sehingga 371 liter diesel bagi setiap jam. Walaupun nampak kompak, enjin ini sebenarnya sangat berat, mencecah sehingga 1497kg

12N360 diperkenalkan pada tahun 2015 pada kereta kebal utama Russia T-14 Armata dengan berat mencecah 50 tan, namun disebabkan kos yang terlampau tinggi T-14 Armata hanya dihasilkan secara besar-besaran apabila perang Ukrain-Russia bermula

Dalam keadaan standard, kereta kebal Armata T-14 mampu bergerak pada halaju 80km/jam pada arah depan dan belakang walauun berat kereta kebal ini mencecah 50 tan. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 16 gear (8 gear ke depan dan 8 gear ke belakang) bagi membolehkan T-14 Armata dipandu pada halaju 80km/jam.

Buat masa ini kita tidak dapat pastikan kenapa pihak Russia menggunakan rekaan enjin dalam bentuk X ini melainkan kita boleh agak rekaan ini dipilih atas sebab rekaan enjin yang kompak dan juga seimbang berbanding dengan enjin susunan V

Google ads
Back to top button