Buletin

HONDA DRIVER COACHING, APLIKASI TELEFON PINTAR TINGKAT KEMAHIRAN PEMANDU BAHARU

Satu tindakan yang murni apabila Honda Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan aplikasi telefon pintar Honda Driver Coaching bagi meningkatkan kemahiran pemandu baharu dan mempromosikan amalan pemanduan selamat.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App Store (AS) dan boleh dihubungkan dengan kereta Honda dan Acura.

Di antara maklumat yang disediakan seperti analisa pemanduan masa nyata dan menariknya pembelajaran dalam bentuk permainan.

Honda adalah jenama nombor satu bagi pembeli pertama dan Gen Z dan strategi ini bersesuaian untuk demografi pelanggan syarikat.

Honda juga membangunkan aplikasi ini untuk tujuan yang penting kata Ketua Strategi Keselamatan American Honda Motor Co., Inc., MJ Foxley.

“Kami mengeluarkan aplikasi Honda Driver Coaching sebagai langkah bermakna dalam menangani isu kritikal, hampir satu pertiga kematian jalan raya di AS melibatkan pemandu di bawah usia 25 tahun.

Aplikasi Honda Driver Coaching boleh digunakan pada kebanyakan model baharu dan terdahulu Honda dan Acura yang dilengkapi fungsi Apple CarPlay.

Sebaik sahaja aplikasi Honda Driver Coaching dipasang dan telefon iPhone pemandu dihubungkan dengan kenderaan, aplikasi itu dengan canggihnya menganalisa pelbagai tindakan pemandu.

Aplikasi menganalisa input dari pemandu seperti stereng, pembrekan dan pecutan secara masa nyata dan memberi panduan kepada pemandu apabila mereka memerlukan bantuan.

Setelah pembelajaran selesai, markah dari pemanduan membolehkan pengguna mengetahui tahap pencapaian mereka.

Aplikasi itu juga menyediakan kesimpulan dari pemanduan bersama panduan pemanduan terperinci.

Nampak mudah namun lain generasi lain kaedah pembelajaran. Aplikasi itu mudah untuk digunakan dengan paparan intuitif pada skrin papan pemuka.

Pengguna juga boleh menajamkan kemahiran dengan menonton sejumlah video latihan melalui aplikasi.

Senarai model Honda dan Acura dengan Apple CarPlay yang boleh dihubungkan bersama aplikasi Honda Driver Coaching:

  • Honda Civic (2019-2020)
  • Honda Insight (2018-2022)
  • Honda Accord (2018-2020 dan 2023 dan ke atas)
  • Honda HR-V (2023 dan ke atas)
  • Honda CR-V (2020 dan ke atas)
  • Honda Pilot (2023 dan ke atas)
  • Acura Integra (2023 dan ke atas)

BACA: 5 SEBAB HONDA CITY HATCHBACK, LEBIH BAGUS DARIPADA CITY SEDAN

BACA: HONDA ADV160 MASUK AMERIKA, RM20.7 RIBU!

BACA: HONDA CIVIC RS e:HEV, HIBRID i-MMD PALING BERKUASA DARI HONDA

BACA: LEBIH 3.5 JUTA SIRI HONDA N LAKU DI JEPUN, N-BOX SAHAJA 2.3 JUTA UNIT!

Google ads
Back to top button