
NISSAN NAVARA PRO-4X 2021. GAYAAN AGRESIF, 4 PILIHAN WARNA, NISSAN INTELLIGENT MOBILITY
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan trak pikap terbaharunya, Nissan Navara PRO-4X yang lebih rugged, bergaya dan pintar.
Mempunyai warisan selama 80 tahun dalam penghasilan trak pikap, ia sememangnya sebuah jentara yang rahan lasak, versatile da boleh dipercayai.
Dikenali sebagai Mother Trucker di Malaysia, Navara PRO-4X menerima rekaan luaran yang radikal. Selain teknologi dan sistem keselamatan yang terbaik dalam kelasnya.

Reka bentuk
Trak pikap itu hadir dengan gayaan agresif menerusi gril hadapan berwarna hitam bersama tulisan NAVARA pada kemasan atasnya. Penampilan itu diserlahkan lagi dengan fender, hendal pintu, perumah cermin sisi, pemijak sisi dan rim aloi bersaiz 17 inci berwarna yang dibalut oleh tayar all-terrain.
Emblem baharu ditampilkan dengan tulisan Nissan berwarna merah bersama latar hitam.
Navara PRO-4X juga didatangkan dengan lampu utaa jenis Quad LED Projector yang pertama dalam segmennya dan lampu nyalaan siang berbentuk ‘C’ untuk kelihatan lebih rugged.
Lampu belakang berbentuk C, spoiler dan perkataan Navara membuatkannya kelihatan jauh berbeza berbanding model sebelum ini.

Ruang kabin
Ruang kabin kini lebih senyap, terima kasih atas penggunaan kaca laminasi akustik pada cermin utama dan tingkap hadapan. Pemandu dihidangkan meter paparan digital (ADAD) berwarna penuh bersaiz 7 inci.
Skrin sentuh bersaiz lapan inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto menawarkan pengalaman yang intuitif serta mudah dioperasi.
Sterengnya dilengkapi butang kawalan untuk sistem audio dan. Aspek kemudahan ditingkatkan lagi dengan 4 port USB (3 USB A dan 1 USB C).
Pemandu tidak akan berasa penat walaupun perlu memandu dalam tempoh yang lama kerana tempat duduk yang diinspirasikan daripada teknologi sifar graviti. Tempat duduk yang dibalut kulit itu juga selesa untuk semua penumpang.

Teknologi Nissan Intelligent Mobility
Tidak berkompromi dari segi keselamatan, buat pertama kalinya Navara PRO-4X dipasang dengan ciri Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Mode Off-Rode. Ia berfungsi mengesan halangan yang ada di sekeliling kenderaan dan membolehkan pemandu mengharung laluan sukar dengan lebih yakin.
Sistem Intelligent Predictive Forward Collision Warning yang memantau pergerakan kenderaan di hadapan berperanan mengurangkan risiko pelanggaran. Ia dibantu oleh Brek Kecemasan Hadapan Pintar mengurangkan tekanan ketika memandu di dalam trafik yang sibuk.
Ciri keselamatan lain yang turut dipasang termasuklah Intelligent Driver Alertness, High Beam Assist, Lande Departure Warning, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan Intelligent Moving Object Cetection.

Rangkaian kuasa
Navara PRO-4X digerakkan oleh enjin turbo intercooler diesel 4 silinder sebaris berkuasa 190PS pada 3,600rpm dan tork 450Nm pada 2,000rpm. Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi kotak gear 7 kelajuan automatik dengan mode manual.
Ciri baharu seperti sistem Electronic Locking Rear Differential membantu trak pikap ini keluar dari laluan berlumpur atau berpasir dengan mudah. Sementara sistem Trailer Sway Assist mengekalkan arah kenderaan dengan mengawal kuasa brek apabila menarik trailer.
Mengangkat dan menurunkan pintu belakang kini lebih ringan dengan adanya ciri Tailgate Assist. Integrated Rear Bumper Step pula memudahkan urusan keluar masuk ke ruang kargo.
Sebagai sebuah trak berprestasi tinggi, jentera itu mampu mengangkut beban sehingga 1.1 tan.

Pilihan warna
Navara PRO-4X ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu kelabu dan merah (baharu), selain warna putih mutiara serta hitam.
Bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 April depan, anda sudah boleh menyatakan minat dan membuat tempahan mulai sekarang.
- BACA: SEGALANYA TENTANG NISSAN NAVARA 2021. LEBIH MACHO, LEBIH GAGAH.
- BACA: NISSAN PERKENAL NAVARA FACELIFT, VARIAN PRO-4X. REKAAN RUGGED, LASAK, MODEN
- BACA: INI HARGA NISSAN FRONTIER 2020 DI AS (IYA, MODEL NAVARA LAMA MASIH DIJUAL)
- BACA: NISSAN NAVARA BLACK EDITION – PIKAP DENGAN KUALITI PEMANDUAN SUV
GALERI