Buletin

HYUNDAI KONA 2021 FACELIFT JENGAH PASARAN MALAYSIA. DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM119,888

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) melancarkan SUV kompak Kona versi dipertingkat (facelift) edisi 2021 yang didatangkan dengan trenkuasa baharu dan beberapa ciri moden.

SUV kompak terbaharu itu didatangkan dengan dua varian iaitu Kona Standard dan Kona Active.

Varian Kona Standard dijual pada harga bermula RM119,888 manakala versi premium, Kona Active pula didatangkan dengan tag harga RM RM136,888.

SUV Kona Standard ditawarkan dengan empat warna pilihan putih (Chalk White), kelabu (Galactic Grey), biru (Surfy Blue) dan merah (Pulse Red). Ia turut dilengkapi kemasan kabin tona gelap dengan upholsteri fabrik.

Bagi Kona Active pula, ia menawarkan lima warna dan dua warna kabin iaitu biru (Surfy Blue), merah (IgniteFlame) dan kelabu (Misty Jungle) dipadankan kemasan kabin hitam.

Dalam pada itu, warna biru (Dive in Jeju) dan hitam (Dark Knight) pula didatangkan kemasan kabin kuning cair (Light Beige) dengan digabungkan upholsteri material kulit.

Rekaan kompak terbaharu yang dipertingkat termasuk pada bahagian bampar hadapan, gril, rim serta lampu depan dan belakang.

Pada bahagian lampu signal varian Active ia diposisikan bersama lampu nyalaan siang (DRL), lampu utama dan belakang LED dan lampu kabus holagen.

Varian Standard masih kekal dengan lampu mentol.  

Model facelift itu lebih panjang berbanding model terdahulu tetapi masih mengekalkan ruang kabin yang sama.

Ruang dalaman pula, varian facelift berkenaan dilengkapi brek tangan yang digantikan butang Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan fungsi Auto Hold atas permintaan pelanggan Hyundai sebelum ini.

Tempat duduk pemandu Active hadir dengan sistem boleh laras elektrik manakala Standard masih manual.

Selain itu, ia turut dilengkapi papan pemuka dengan rekaan lebih luas dan ventilator penyaman udara direka semula untuk menampilkan kelainan pada jentera terbaharu tersebut.

Dari segi hiburan, varian Active dipadankan unit infotainment LCD digital penuh 10.25 inci dan paparan dongak (HUD), manakala varian Standard masih menggunakan kluster instrumen analog.

Kedua-dua varian mendapat khidmat enjin petrol 4-silinder Smartstream G2.0 Atkinson1,999cc yang mampu menjana kuasa 147hp dan tork 180Nm.

SUV kompak terbaharu yang dilengkapi transmisi variabel pintar (IVT) Smartstream IVT 8 kelajuan mampu memecut pada kelajuan 0-100km/j dalam tempoh 9.7 saat manakala kelajuan maksimum 198kmj.

Ciri-ciri keselamatan asas termasuk6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Sistem Kenderaan (VSM), Sistem Kawalan Traksi (TCS), ISOFIX, Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Bantuan Parkir (PAS).

Varian Active sahaja yang dilengkapi Hyundai Smart Sense antaranya Bantuan Cegah Perlanggaran Titik Buta (BCA),Bantuan Cegah Trafik Lintas Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Ikut Lorong (LFA), Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA), Bantuan Suluh Tinggi (HBA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Amaran Penumpang. Belakang (ROA) dan Amaran Keluar Selamat (SEW).

Kona terbaharu itu didatangkan waranti lima tahun atau had perbatuan 300,000km. Pembeli Kona facelift juga menerima servis penyenggaraan percuma tiga tahun atau had perbatuan 50,000km (mana satu tiba dulu).

GALERI

Google ads
Back to top button