Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG NISSAN NAVARA 2021. LEBIH MACHO, LEBIH GAGAH.

Bagi peminat Nissan Navara, ini ada berita baik untuk anda kerana model naiktaraf akan mulai dibuka untuk jualan tidaklama lagi. Untuk pasaran Australia dan juga Thailand, laman sesawang Nissan di sana sudah memaparkan beberapa gambar Nissan Navara NP300 versi tahun 2021 yang telah dinaiktaraf. Berikut ialah ciri-ciri naiktaraf yang kami temui bagi versi tahun 2021.

1. Rekaan luar – Rekaan baru menekankan penggunaan lampu LED di bahagian depan, lampu LED DRL depan, lampu belakang LED di bahagian belakang, serta jeriji depan lebih garang. Walaupun lenggok rekaan badan hampir sama, perubahan pada rekaan lampu dan jeriji depan memberikan imej yang lebih garang pada Nissan Navara 2021

2. Rekaan dalam – Nissan memilih untuk menukar rekaan stering yang lebih ringkas, kusyen dengan teknologi zero gravity seat dikekalkan, acoustics glass digunakan untuk mengekang bunyi luar daripadamemasuki kabin, dan sistem audio dinaiktaraf dengan fungsi Apple Car Play serta Android Auto

3. Enjin – Enjin YS23DDTT 2300cc turbo berkembar yang meghasilkan 190 kuasa kuda dengan 450Nm tork pada 1500-2500 RPM mulai diperkenalkan di pasaran Thailand. Sebelum ini enjin dengn pelepasan asap Euro6 ini hanya dikhususkan untuk pasaran Eropah. Enjin ini digandingkan dengan transmisi 7 kelajuan automatik

Enjin pilihan kedua ialah YS23DDT 2300cc yang menghasilkan 163 kuasa kuda melalui penggunaan turbo tunggal VGS dan 403Nm antara 1500-2500 RPM. Enjin ini digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan manual. Setakat ii kami tidak pasti samaada pasaran Malaysia akan menerima enjin baru 2300cc atau masih menggunakan enjin lama 2500cc

4. Keselamatan – Aspek keselamatan juga telah ditambah baik dengan pengenalan teknologi Nissan Intelligent Mobility. Teknologi ini merangkumi intelligent All round view monitor (kamera 360 darjah), brek pra-perlanggaran intelligent braking, Forward Colission Warning, sistem amaran titik buta, Lane Departure Warning, Sistem Amaran Lintasan Belakang, brek kawalan ketika menuruni bukit Hill Decent Control, serta intelligent driver alert yang memastikan pemandu berhenti berehat ketika mengantuk

Aspek keselamatan lain ditambah baik dengan penggunaan 7 beg udara (tambahan 1 di bahagian lutut), Vehicle Dynamic Control, Traction Control, Active Brake Limited Slip dan Trailer Stability Assist. Untuk pasaran Thailand, versi King Cab dijual dengan harga permulaan RM 80,400 manakala varian paling premium Double Cab 4×4 Pro 4X 7T dijual pada harga RM 154,200

Google ads
Back to top button