
EV LAMBORGHINI TIDAK AKAN SAMA DENGAN LAMBORGHINI SEDIA ADA – TAK SAMA MACAM MANA TU?
Walaupun belum masanya, Lamborghini tetap akan mengeluarkan model berkuasa elektrik mereka satu nanti. Buat masa sekarang mereka masih menggunakan enjin ICE biasa tapi dengan teknologi hibrid. Belum sampai masanya untuk mereka keluarkan model EV sepenuhnya.

Dalam satu temubual dengan Top Gear, Rouven Mohr, ketua pegawai teknikal Lamborghini bercakap tentang model akan datang terutamanya bunyi enjin dan kotak gear manual yang tidak lagi penting untuk pelanggan di masa akan akan datang.
Lamborghini sebaliknya perlu berusaha dengan lebih gigih yang mencari cara membuatkan manusia mahukan kereta. Pecutan 0-100kmj tidak lagi mencukupi untuk menarik perhatian bakal-bakal pelanggan. Betul jugak kan? Mana ada tokey kosmetik timbang kilo pandu Lambo laju-laju.
Karektor sesebuah kereta bukan hanya ditentukan oleh bunyi enjin dan ezkos. Mereka mempunyai beberapa idea unik tapi hanya akan didedahkan kepada umum dalam dua ke tiga tahun akan datang. Masa tu pecutan 0-100 tidak lagi mengujakan generasi akan datang.
Ia merupakan kenyataan yang agak berani kerana seluruh dunia menerima kuasa pecutan sebagai panduan untuk menilai prestasi sesebuah kereta. Lebih laju lebih seronok ialah jampi yang sering dibaca kepada bakal pemilik oleh pengeluar kenderaan.
Motor elektrik dengan tork segera memang memberikan pecutan yang pantas tapi bagi Mohr ia seolah-olah imitasi dan bukannya sesuatu yang baharu. Beliau membayangkan kelebihan kuasa elektrik yang sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Ia bermaksud peningkatan dalam sistem kawalan dan boleh dikatakan banyak juga pengeluar yang menggunakan formula yang serupa. Mercedes-Benz dan Rivian sudah pun menunjukkan kemampuan model keluaran mereka melakukan ‘tank turns’. Alah langkah yang boleh memusingkan kenderaan mereka ke arah yang diperlukan. Ia juga diberi nama torque vectoring. Idea ni dah lama sebenarnya tapi ia lebih mudah dilaksanakan dengan menggunakan motor-motor elektrik.
Tiada maklumat lanjut diberikan Mohr tentang model-model akan datang Lamborghini sebaliknya beliau mencadangkan teknologi Active Wheel Carrier digabungkan dengan kuasa segera motor elektrik untuk hasilkan pemanduan yang jitu.
Adakah ciri-ciri ini akan muncul bersama pengganti Huracan sedikit masa lagi? Sama-sama kita tunggu pelancaran Lambo hibrid tak lama lagi.