Buletin

ACER SWIFT 2024 TAMPIL DENGAN AMD RYZEN AI 300 SERIES, BERI PENGALAMAN LEBIH CANGGIH

Acer mengumumkan bahawa siri komputer riba Swift yang terkenal dengan rekaan nipis dan ringan akan menampilkan model baharu dengan pemproses AMD Ryzen AI 300 Series.

Model baharu dengan pemproses AMD Ryzen AI 300 Series ini akan bermula suku ketiga 2024.

Menurutnya, pemproses ini menawarkan prestasi revolusioner dengan gabungan lebih banyak teras CPU, GPU, dan NPU ultra-efisien.

Model baharu ini juga akan menerima kemas kini percuma kepada Copilot+ PC apabila ia tersedia.

COO Acer Inc., Jerry Kao berkata, “Dengan AMD, kami menyampaikan lebih banyak pengalaman berasaskan AI dengan kuasa dan prestasi tiada tandingan.”

Naib presiden kanan di AMD, Jack Huynh menambah, “Dengan pemproses AMD Ryzen AI generasi ke-3, kami mencipta kategori baharu komputer peribadi AI bersama Acer.”

Pemproses AMD Ryzen AI 300 Series dioptimumkan untuk penggunaan kuasa rendah serta hayat bateri cemerlang, dengan cache sehingga 36 MB dan grafik AMD Radeon 800M terbina dalam.

Tambahan, dengan pelancaran model-model baru ini, Acer dan AMD bersedia untuk memberikan pengalaman komputer peribadi yang lebih canggih, membolehkan pengguna memaksimumkan kreativiti serta produktiviti.

Google ads
Back to top button