
FED UP JALAN ROSAK. LELAKI TANAM POKOK PISANG
Seorang lelaki yang sudah tidak tahan dengan keadaan jalan raya rosak di selatan Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat (AS) bertindak menanam pokok pisang
Tindakan lelaki berkenaan menanam pokok pisang itu bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya berhubung jalan berlubang di Honda Drive.
Bryan Raymond memiliki perniagaan berhampiran kawasan tersebut mendapat idea untuk menanam pokok pisang yang sudah besar setelah terpaksa mengisi lubang di jalan dengan simen berkali-kali.

Honda Drive merupakan jalan persendirian dan pejabat daerah memaklumkan, penyelenggaraan jalan perlu dilakukan pemilik perniagaan di kawasan itu.
“Jika kami perlu selenggara dan memastikan tiada mengalamni kecederaan. Kami perlu meletak sesuatu yang mudah dilihat supaya tiada individu terjatuh memasuki lubang tersebut,” katanya.
Kamera litar tertutup (CCTV) milik Raymond pernah merakam pelbagai masalah disebabkan oleh lubang pada jalan tersebut.
Sehubungan itu, penduduk di sekitar bersetuju dengan langkah yang diambil Raymond bagi mengelak kemalangan. – newyorkpost
- BACA: 400,000 KENDERAAN ROSAK DALAM BENCANA BANJIR DI CHINA
- BACA: KILAT SAMBAR JALAN RAYA. SERPIHAN HENTAM FORD F-150
- BACA: REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT. KONTRAKTOR SILAP RUMAH, BIKIN JALAN MASUK SECARA PERCUMA
- BACA: LELAKI BAWA POKOK PISANG SECARA MELINTANG DENGAN VIOS DITAHAN POLIS. ADA 18 SAMAN TRAFIK, 4 WARAN TANGKAP