" "
Buletin

BUAT PROTES PROJEK JALAN 5 TAHUN TAK SIAP-SIAP

Kira-kira 1,000 penduduk berkumpul di Jalan Pluak Daeng-Bor Win di wilayah Rayong, Thailand bagi membantah projek jalan raya yang belum siap selama lima tahun sehingga menjadi lokasi kejadian 10 kemalangan maut, lapor laman berita Thaiger.

Ahad lalu, wakil rakyat tempatan, Chairat Ngentuam menjemput penduduk yang terjejas akibat Jalan Menang Pluak Daeng-Bor untuk mengadakan bantahan di kawasan projek itu.

Mereka berkumpul dengan memegang sepanduk memaparkan ayat ‘3 kematian akibat kecuaian’, ‘Jalan memusnahkan paru-paru, ‘Jalan tidak pernah siap’ dan ‘Kami kehilangan kedai’.

Menurut laporan media, projek itu bertujuan memanjangkan jalan sepanjang 16.46 kilometer daripada dua lorong kepada empat lorong.

Chairat berkata, projek itu bermula pada 4 September 2017 dan dijangka siap 10 Disember tahun ini. Meskipun mempunyai baki tiga bulan untuk disiapkan, namun ia hanya 50 peratus siap.

Menurut Chairat, Jalan Pluak Daeng-Bor Win adalah jalan utama menuju ke Kawasan Perindustrian Pantai Timur wilayah itu, tempat penduduk tempatan bekerja. 

Projek itu telah menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan tersebut. Banyak kedai dan restoran yang terletak di sepanjang jalan terpaksa ditutup.

Pengarah Biro Pembinaan Jalan Jabatan Jalan Luar Bandar, Yongyut Paeengmueng menjelaskan bahawa projek itu tertangguh kerana paip air utiliti awam lama dan tiang elektrik menghalang kerja-kerja pembinaan. 

Syarikat itu baru sahaja selesai menyelesaikan masalah berkenaan pada Oktober tahun lepas.Dia turut menyalahkan Covid-19 sebagai satu lagi sebab ke atas kelewatan itu. – Agensi 

Google ads
Back to top button