
JALAN KAMPUNG ROSAK SELAMA 40 TAHUN. PENDUDUK KIRIM BUAH OREN SATU TRAK UNTUK JOKOWI
Penduduk Liang Melas Datas, Daerah Karo, Sumatera Utara, Indonesia mengirim buah jeruk (oren) satu trak kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.
Kiriman ‘hadiah’ terbabit berikutan penduduk berdepan beberapa jalan yang rosak teruk selama hampir 40 tahun tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.
Tokoh Masyarakat Liang Melas Datas, Setia Sembiring berkata: “Kami mahu menghantar ole-ole kepada Bapak Presiden kita dari Liang Melas Datas. Jadi itulah tujuan kami menghantar buah oren”.
Menurutnya, dengan cara itu, penduduk berharap Jokowi dapat memberikan perhatian kepada daerah berkenaan yang sekian lama berdepan jalan rosak.
Dia menjelaskan, terdapat enam desa dan tiga dusun berdepan masalah jalan rosak teruk.
Bahkan, Setia menegaskan kerosakan jalan di wilayahnya sudah berlarutan selama 40 tahun.
“Pengangkutan untuk membawa hasil pertanian dari daerah itu terhalang akibat perkara tersebut,”ujarnya. –detiknews