
KEI CAR, BUKAN SEKADAR KENARI KANCIL DAN KELISA SAHAJA
Bagi memudahkan mobiliti rakyat selepas perang dunia, kerajaan jepun mencipta sat format baru dalam menghasilkan rekaan kereta kompak yang digelar “keijidosha” ataupun disebut sebagai kenderaan ringan. Istilah ini kemudian disebut sebagai kei atau dalam bahasa moden kei car
Walaupun format kereta kompak ini sentiasa berubah, namun kereta kei masih lagi tertakluk pada ukuran dimensi luar dan juga saiz enjin yang digunakan. Semenjak dari tahun 1990an, ia mengekalkan saiz enjin pada 660cc dan 64 kuasa kuda. Walaunagaimanapun, rekaan luar kei car ini wujud dalam pelbagai bentuk
Kami senaraikan beberapa kereta kei yang cun, ranggi, popular dan ikonik yang pernah wujud sampai hari ini.

1. Suzuki Jimny – model ini wujud dari tahun 1970an sehinggalah pada hari ini dengan model generasi ke 4. Bagi generasi terkini ia dikeluarkan dalam 2 varian samaada dalam bentuk kei car ataupun untuk pasaran global. Bagi model kei ia dipadankan dengan enjin 660cc manakala bagi pasaran global ia akan dipadankan dengan enjin 1400cc
Kalau anda nak tahu, inilah konsep yang digunakan oleh Suzuki semenjak dari generasi pertama lagi ia diperkenalkan. Jimny datang dengan suspensi rigid axle depan belakang, pilihan gear 2H, 4H atau 4L, bampar depan yang boleh mendaki cerun pada sudut 38 darjah serta bampar belakang yang boleh melepasi cerun pada sudut 49 darjah. Siapa sangka kei car boleh dibuat off road kan

2. Mazda AZ1 Autozam – walaupun terkenal dalam penghasilkan kereta sport dengan enjin rotari, tapi Mazda juga pernah menghasilkan sebuah kei car pacuan belakang, enjin belakang (MR) dengan pintu jenis gullwing. Rekaan spoiler belakang pula sama seperti Ferrari F40
Enjin F6A DOHC 3 silinder 657cc ini menghasilkan 63 kuasa kuda dan 85Nm tork pada 4000 RPM dengan bantuan turbo tapi enjin ini sebenarnya dihasilkan oleh Suzuki, cukuplah untuk Mazda AZ1 ini dengan berat sekitar 720kg. Harganya yang mahal dan dijual ketika ekonomi meleset menyaksikan hanya 4392 unit terjual

3. Mitsubishi Pajero Mini – Pajero adalah tandanama dagang yang cukup popular bagi Mitsubishi, jadi apa salahnya hasilkan dalam bentuk kei car. Walaupun bentuk luar sama seperti Pajero, tapi Pajero Mini menggunakan platform Mitsubishi Minica sebagai asas pembinaan
Disebabkan saiznya yang kecil, ia hanya menawarkan 2 pintu dengan satu pintu di bahagian bagi tujuan akses ruang bagasi. Beberapa enjin 660cc 3 silinder digunakan, tapi enjin paling berkuasa ialah enjin 4 silinder 20 injap turbo yang menghasilkan 63 kuasa kuda dan 97Nm tork dengan sistem 4WD yang boleh mengunci roda depan jika diperlukan

4. Honda S660 – selain daripada Suzuki, Honda juga adalah pemain automotif yang pandai menghasilkan kei car. Jadi tak hairanlah kereta Honda yang biasa nampak kecil tapi luas di bahagian dalam. Honda S660 ini merupakan pewaris yang sah kepada Honda Beat dengan enjin dipasang di bahagian belakang pacuan roda belakang
Ia menggunakan enjin 3 silinder 660cc turbo yang menghasilkan 63 kuasa kuda pada 6000 RPM tapi tork yang tinggi iaitu 104Nm pada 2600 RPM. Tork yang tinggi ini datang dengan bantuan skup udara NACA Duct. Ia ditawarkan dengan transmisi CVT atau 6 kelajuan manual.

5. Suzuki Alto Turbo RS – walaupun datang dengan gaya retro bagi generasi ke 8, tapi model RS dilengkapi dengan enjin R06A dengan sistem VVT dan turbo 3 silinder yang menghasilkan 63 kuasa kuda dan 100Nm tork pacuan roda depan. Ia ditawarkan dengan transmisi 5 kelajuan dengan tombol gear pendek ataupun transmisi automatik
Torsional rigidity cesi telah ditambah sebanyak 5% dengan menggunakan lebih banyak spot welding serta diberikan penyerap hentak talaan khas daripada KYB dan tayar Bridgestone Potenza RE050A. Walaupun nampak laju, kalau pandai bawa ia masih mampu menghasilkan purata petrol sekitar 25.6km bagi setiap liter.

6. Daihatsu Copen – tak sah cerita pasal kei car kalau lupa sebut nama Daihatsu Copen. Tapi nama asal Copen ini ialah gabungan perkataan Kei dan Open. Tapi berbeza dengan Honda Beat atau Honda S660, Copen menggunakan kaeda FF, enjin depan dan pacuan depan
Bumbungnya direka dengan keadah hardtop, boleh dibuka dengan mekanisme automatik dan disimpan di bahagian belakang. Enjin 3 silinder DVVT 660cc milik Daihatsu menghasilkan 63 kuasa kuda dan 92Nm tork dihantar ke tayar depan dengan pilihan transmisi CVT ataupun transmisi manual 5 kelajuan.

7. Honda N-BOX – model terbau dilancarkan pada tahun 2017 dan menjadi model paling laris selama 28 bulan selepas dilancarkan. Sebanyak 1.98 juta unit telah terjual sehingga tahun 2019. Walaupun bentuk kotak macam kotak sabun, ia boleh memuatkan 4 penumpang dengan selesa walaupun saiznya kecil
NBox menawarkan 2 enjin, samaada 3 silinder 660cc NA yang menghasilkan 58 kuasa kuda dan 61Nm tork atau versi turbo yang menghasilkan 63 kuasa kuda dan 93Nm tork. NBox direka dengan berkotak supaya ia dapat memaksimakan ruang dalam dimensi yang kecil

8. Suzuki Cappucino – Kalau Honda Beat dan Honda S660 menggunakan konfigurasi MR, Daihastu Copen menggunakan rekaan FF, maka Suzuki pula tampil dengan rekaan FR bagi model Cappucino. Mereka menghasilkan kereta ini dengan sangat teliti sehingga ia mencapai nisbah berat 50:50 depan dan belakang.
Enjin 3 silinder 660cc K6A VVT turbo menghasilkan 63 kuasa kuda dan 108Nm tork pada 3000-3800 RPM sudah cukup untuk membantu menghasilkan pemanduan yang menyeronokkan di selekoh