
PENJENAYAH SAMAN POLIS KERANA LUPUSKAN FERRARI 458 SPIDER MILIKNYA
Seorang pesalah yang telah dikenakan hukuman dari United Kingdom dilapor memfailkan saman ke atas polis West Midlands kerana melupuskan sebuah Ferrari 458 Spider miliknya.
Zahid Khan yang berusia 35 tahun melarikan diri ke Dubai tidak lama sebelum dia didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan penipuan.
Dia juga dikatakan cuba mengelak daripada dikenakan hukuman dan menukar hartanah hasil jenayah menerusi satu skim penipuan plat lesen kenderaan.

Khas berdepan penjara selama 10 tahun di Britain, tetapi kini hidup bebas dan senang-lenang di Dubai.
Menurut laporan Birmingham Live, Khan menjadi berita utama pada April 2017 apabila memarkir supercar itu di mahkamah Birmingham Crown. Ini sememangnya tindakan bodoh kerana pihak berkuasa terus merampas kereta tersebut.
Polis juga mengesahkan Ferrari berkenaan tidak mempunyai insurans yang sah dikategorikan sebagai kenderaan B. Maksudnya, ia tidak boleh dipandu di atas jalan raya kerana mengalami kerosakan dan perlu dilupuskan.
Satu klip video yang dimuat naik ke laman YouTube pada tahun 2018 menunjukkan Ferrari milik Khan dilupuskan di sebuah bengkel skrap.

“Saya sudah memulakan proseding ke atas polis West Midlands kerana tindakan melulu terhadap Ferrari 458 Spider milik saya yang bernilai 200k (RM1.13 juta),” jelas Khan.
Seorang jurucakap polis West Midlands memberitahu Khan sebelum ini ada membuat tuntutan dan telah ditolak. “Kini kami menerima pula prosiding dan bersedia untuk menyelesaikan masalah ini di mahkamah.”
Polis UK menyatakan mereka tahu di mana lokasi Khan di Dubai dan dia mungkin berdepan risiko diekstradisi.
- BACA: INI SEBAB KENAPA AS TIDAK JUAL ALAT GANTI DAN LUPUS TERUS F14 TOMCAT
- BACA: LORI GARDENIA HILANG DI KL DITEMUI DI KIJAL. TIADA ROTI YANG HILANG. TETAPI SEMUA ROTI TERPAKSA DILUPUSKAN
- BACA: JR EAST MUNGKIN TERPAKSA LUPUS 120 GERABAK SHINKANSEN BERNILAI RM115 JUTA
- BACA: SAKSIKAN SEBUAH FERRARI 360 SPIDER DILUPUS JENTERA BERAT DI FILIPINA