Buletin

SEGALANYA TENTANG FERRARI PUROSANGUE. FERRARI UTILITY VEHICLE

Dalam satu temuramah dengan Car Magazine boss Ferrari Louis Camilleri pernah berkata “saya rasa jelik mendengar perkataan SUV dikaitkan dengan Ferrari berada dalam satu perkataan. Ia tidak mencerminkan jenama kami” Nampaknya kenyataan ini sebenarnya memakan diri CEO ini balik

Buat masa sekarang, pasukan projek di Ferrari terpaksa menggunakan akronim baru iaitu FUV atau Ferrari Utility Vehicle. Haih, namun dari segi rekaan FUV ini hampir sama dengan SUV. Kami senaraikan semua fakta pantas berkenaan FUV Purosangue yang masih dalam pembangunan ini

1. Mungkin digelar Purosangue– ia merujuk pada satu baka kuda lumba dan seperti yang kita tahu logo Ferrari menggunakan kuda meloncat. Tapi masalahnya nama Purosamgue telah digunakan pada sebuah NGO semenjak 2013 lagi.

Ferrari tengah menghantar petisyen pada mahkamah untuk mengharamkan nama ini digunakan oleh orang lain. Ia seperti menghalang orang ramai menggunakan nama “daging unta singa menangis”

2. Berkongsi Platform dengan Roma -Model Ferrari Roma merupakan modular platform rekaan yang menggunakan rekaan enjin depan namun apa yang menarik platform Roma telah direka dengan aplikasi penggunaan teknologi hibrid dan elektrik pada masa depan.

Ini bermakna FUV ini mungkin dikuasakn dengan enjin V6 hibrid, V8 hibrid atau V12 6500cc. Beberapa laporan awal menyebut trenkuasa Purosangue ini akan menghasilkan sekitar 800 kuasa kuda

3. Pilihan enjin – idea Ferrari ialah menggunakan sistem elektrik hibrid bagi mengatasi masalah turbo lag dan memberikan sensasi pemanduan seperti V12. Namun jika menggunakan V12 dan hibrid, berat akan menjadi tidak sekata. Pilihan yang terbaik ialah V8 hibrid 800 kuasa kuda.

Kemungkinan besar versi V6 hibrid akan dikeluarkan sebagai model permulaan. Ferrari telah menggunakan teknologi hibrid semenjak model SF90 Stradale lagi. Ferrai juga tidak menolak kemungkinan yang model ini akan menggunakan elektrik sepenuhnya kerana ia menjadi sebahagian daripada rancangan pemodenan Ferarri

4. Empat Tempat Duduk – jangan harapkan FUV ini mampu memuatkan 3 penumpang di belakang, berdasarkan makluman awal besar kemungkinan ia hanya direka untuk memuatkan 4 penumpang sahaja

5. Pengendalian Ferrari, walaupun ia SUV– jika Purosangue menggunakan sistem hibrid seperti Ferrari SF90 Stradale, besar kemungkinan ia akan menggunakan torque vectoring dengan motor elektrik memacu tayar depan.

Semua kuasa enjin akan dihantar ke tayar belakang dengan sistem stering roda belakang bagi membantu pengendalianAntara ciri lain yang bakal dipasang ialah limited slip differential elektronik di depan, brek seramik semua roda, dan pusat graviti yang renda

Google ads
Back to top button