
PEMILIK FERRARI F8 TRIBUTO BARU PEGANG KUNCI 6 JAM SEBELUM KEMALANGAN
Memiliki supercar power, kenalah pandai kendali jentera tersebut. Kalau tidak boleh berdepan kemalangan.
Senario itu berlaku ke atas seorang pemilik Ferrari F8 Tributo yang baharu sahaja menerima kunci jentera bernilai €360,000 (RM1.7 juta) selama enam jam sebelum terbabas di lebuh raya A5 dekat Jerman.
Media tempatan melaporkan, pemandu berusia 43 tahun itu baharu sahaja menerima kenderaan berkenaan selepas menunggu selama lebih satu tahun.
Dalam kejadian tersebut, Ferrari yang menggunakan tayar ketika musim panas melalui jalan basah sebelum terbabas sehingga mengalami rosak teruk di bahagian hadapan.
Menurut polis negeri, jentera berkenaan dipercayai dipandu dengan laju sehingga merempuh penghadang konkrit sehingga salah satu tayar belakang tercabut sebelum merempuh sebuah bas mini.
Bagaimanapun, pemandu Ferrari F8 Tributo itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi penumpang dikejarkan ke hospital kerana cedera. -carscoops