
PELANCONG CUAK JAMBATAN GANTUNG KACA ROSAK DIBADAI ANGIN
Seorang pelancong berdepan detik mencemaskan apabila panel kaca jambatan gantung pada ketinggian 260 meter rosak akibat tiupan angin kencang.
Menurut laporan Daily Mail, jambatan gantung kaca itu terletak di sebuah resort yang dibina di Gunung Piyan di bandar Longjing, China.
Dalam kejadian kira-kira pada pulul 12:45 petang itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 km/j.
Gambar yang menampilkan pelancong bergayut itu pada mulanya di kongsi di platform media sosial China, Weibo sehingga menarik perhatian lebih 4,000 warganet.
Difahamkan pihak penyelamat berjaya menyelamatkan pelancong itu kira-kira pada jam 1:20 petang.
Dia dibawa ke hospital dan dilaporkan menerima kaunseling susulan pengalaman ngeri yang dilaluinya.
Pihak berkuasa telah mengarahkan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh terhadap semua tarikan di kawasan terbabit termasuk jambatan. – agensi.
- BACA: 91 REJIMEN BANTUAN RAJD, BINA JAMBATAN BAILEY DI KAMPUNG LECHAR
- BACA: BUMBUNG TOYOTA VELLFIRE, RUSH ROSAK DITIMPA BANCUHAN SIMEN DI BAWAH JAMBATAN SUKE
- BACA: NIAT NAK MENUNJUK, FERRARI 812 SUPERFAST AKHIRNYA LANGGAR TEMBOK JAMBATAN LONDON
- BACA: KERETA API LALU BAWAH JAMBATAN RENDAH, NILAI KEROSAKAN KERETA FORD CECAH RM8.2 JUTA

