Buletin

FORD BRONCO SASQUATCH KINI ADA 7 GEAR MANUAL!

Ford berjaya menyemarakkan lagi trend retro dengan memperkenalkan Bronco baharu selepas lebih dua dekad tanpa pengganti. Jika anda gemarkan Mustang, individu di sebalik Bronco generasi pertama adalah orang yang sama iaitu Donald N. Frey.

Setelah diperkenalkan pada Julai 2020 rupa-rupanya ada lagi buah tangan dari Ford dan kali ini Bronco Sasquatch dengan transmisi tujuh kelajuan manual!

Pengenalan itu susulan permintaan pengguna dan menjadikan Bronco satu-satunya 4×4 dalam segmennya dilengkapi transmisi tujuh kelajuan manual dan tayar off-road 35 inci yang dikeluarkan terus dari kilang.

Transmisi itu adalah sebahagian dari pakej Bronco off-road berprestasi tinggi Sasquatch™ dengan pilihan dua pintu dan empat pintu.

Bronco dengan pakej Sasquatch sebenarnya varian khusus buat pelanggan yang mahu kelengkapan lasak terus dari kilang.

Di antara kelengkapan standard ialah tayar mud-terrain Goodyear® 35 inci yang dipadan bersama roda 17 inci dengan keupayaan atau lekatan beadlock.

Turut dilengkapi ialah gandar belakang dan depan penguncian elektronik Dana dengan nisbah pacuan akhir 4.7:1, jarak kelegaan suspensi yang tinggi dan trek roda dilebar sehingga hampir dua inci, penyerap hentak Bilstein dan pelindung roda lebih lebar.

Pakej Sasquatch ditawarkan sebagai pilihan untuk model dua dan empat pintu Bronco Base, Big Bend, Black Diamond dan Outer Banks. Ia didatangkan sebagai ciri standard untuk Bronco Wildtrak dan First Edition™.

Bronco Badlands pula dilengkapi suspensi off-road khas dan bar hidraulik depan separa aktif hidraulik jenis lucut (disconnect) untuk menjelajah kawasan bongkahan batu (rock crawler).

Semasa dilancarkan sebelum ini, Bronco dengan pakej Sasquatch hanya didatangkan dengan transmisi sepuluh kelajuan automatik dan kelihatan janggal seterusnya mendapat perhatian peminat dan bakal pelanggan.

Transmisi tujuh kelajuan manual pada Bronco mempunyai ciri crawler yang sangat rendah pada gear pertama. Ciri tersebut penting untuk mendaki atau melalui permukaan yang mencabar.

Penawaran terbaru ini untuk pakej off-road dari kilang Ford baru nampak sepadan dengan fungsi dan karakternya yang lasak.

BACA: FORD RANGER TREMOR – SUSPENSI FOX, ENJIN 2.3L ECOBOOST

BACA: FORD MUSTANG MACH 1 KEMBALI, ENJIN 5.0L V8 BERKUASA 480HP!

BACA: FORD F-150 2021 – PIKAP LEGENDA SARAT TEKNOLOGI CANGGIH!

Google ads
Back to top button