Buletin

FORD RANGER TREMOR – SUSPENSI FOX, ENJIN 2.3L ECOBOOST

Ford Ranger Raptor sememangnya sebuah pikap menarik dengan segala komponen dan kuasa ditawarkan namun tidak semua negara memperolehinya termasuk Amerika Syarikat.

Pengguna di sana ditawarkan Ford F-150 Raptor yang lebih berkuasa sejak 2010 dan kini memasuki generasi kedua.

Walaupun tanpa Ranger Raptor pengguna di AS ditawarkan varian yang tidak kurang menariknya iaitu Ranger Tremor.

Pikap ini ditawarkan sebagai menyahut permintaan pelanggan Amerika Syarikat yang mahukan Ranger dengan lebih keupayaan off-road.

Varian terbaru ini adalah naik taraf kepada Ranger FX4 Off-Road Package dan pakej pilihan untuk pembeli Ranger XLT dan Lariat dengan gaya badan SuperCrew 4×4.

Berikut ialah ciri-ciri Ford Ranger Tremor:

Rangkaian kuasa

  • Enjin 2.3-liter EcoBoost® 270 hp dan tork 420 Nm.
  • Transmisi automatik sepuluh kelajuan.
  • 4×4 dengan kuncian rear differential elektronik.

Suspensi 

  • Suspensi ditinggikan, knuckle direka semula.
  • Tayar Continental General Grabber A/TX, roda 17 inci.
  • Kelegaan bumi 9.7 inci atau 0.8 inci lebih berbanding Ranger SuperCrew 4×4.
  • Penyerap hentak monotube FOX 2.0. 
  • Jarak gerakan suspensi depan dinaikkan sekitar satu pertiga inci kepada 6.5 inci.
  • Jarak gerakan suspensi belakang dinaikkan hampir seinci kepada 8.1 inci. 

Keupayaan off-road

  • Approach angle 31 darjah, naik 2.7 darjah berbanding Ranger SuperCrew 4×4.
  • Departure angle 26.6 darjah, naik 1.2 darjah.
  • Breakover angle 24.2-darjah, naik 1.5 darjah.

Elektronik

  • Terrain Management System dengan empat mod pemanduan, Trail Control™.

Kelengkapan lasak

  • Bash plate depan dan skid plate bawah badan.
  • Dua cangkuk di belakang, tambahan kepada dua di depan.
  • Pemijak sisi.

Kelengkapan luar dan dalam

  • Logo khas pada kedua-dua belah kotak kargo.
  • Pilihan grafik pada badan dan bonet.
  • Kerusi dengan riasan suede Miko dan logo Tremor.
  • Lip molding roda lebih lebar.

Pakej Tremor Off-Road untuk Ranger XLT dan Lariat ditawarkan pada harga $4,290 (RM17,784). 

Pengeluaran Ford Ranger dengan pakej Tremor dijadual bermula pada awal tahun 2021. Pikap ini dikeluarkan di Kilang Pemasangan Michigan di Wayne, Amerika Syarikat.

BACA: FORD MUSTANG MACH 1 KEMBALI, ENJIN 5.0L V8 BERKUASA 480HP!

BACA: FORD F-150 2021 – PIKAP LEGENDA SARAT TEKNOLOGI CANGGIH!

BACA: FORD FOCUS ST TAMBAH 50PS/95NM GUNA KIT MOUNTUNE

Google ads
Back to top button