Buletin

FORD FOCUS ST TAMBAH 50PS/95NM GUNA KIT MOUNTUNE

Satu ketika dahulu Ford mempunyai pelbagai model baharu dipasarkan dari negara. Dari Focus sehingga ke Fiesta dan dalam bentuk sedan juga hatchback.

Bukan setakat model massa, Ford turut menawarkan varian berprestasi Focus dan Fiesta ST.

Kini Ford bergantung kepada tawaran tunggal pikap Ranger yang merupakan tawaran berjaya dalam memikat hati pengguna.

Di luar sana dua model popular iaitu Focus dan Fiesta telah digantikan dengan generasi serba baharu.

Pasaran yang besar di Eropah juga turut menarik penala untuk menawarkan pakej naik taraf bagi meningkatkan kuasa.

Satu penala yang terkenal ialah mountune dengan pengalaman 40 tahun menawarkan komponen berprestasi untuk kereta.

mountune mengkhususkan dalam produk berprestasi untuk kenderaan Ford sama ada di jalan atau litar.

Terbaru mountune menawarkan pakej naik taraf m330 untuk Ford Focus ST Mk4. Pakej m330 dibina dari kejayaan teknologi SMARTflash m225 dan m235 Ford Fiesta ST Mk8.

Sebagai sebuah penala yang berpengalaman, kesemua naik taraf kuasa melalui ujian dan proses pembangunan yang ketat.

Kuasa yang dapat diesktrak dari pakej m330 ialah bersamaan 50 PS dan peningkatan daya kilas 95 Nm.

Nadi naik taraf m330 terletak pada pakej aplikasi mTune SMARTflash yang membolehkan pelanggan mengaktifkan kalibrasi terbaru dari dalam rumah sahaja.

Aplikasi telefon pintar itu kemudian dihubungkan dengan OBD melalui Bluetooth.

mountune menawarkan tiga pilihan talaan atau kalibrasi iaitu Performance dengan peningkatan kuasa, daya kilas, kawalan permulaan (launch control) lebih agresif dan bunyi ekzos lebih kuat dalam mod Sport/Track.

Lagi dua talaan ialah Stock Performance yang mengembalikan kereta pada tetapan asal dan Anti-Theft untuk fungsi immobiliser sepenuhnya.

Selain perkakasan elektronik, ada satu komponen pada bahagian enjin iaitu panel penapis udara aliran tinggi (high-flow) bagi memastikan pemilik memperolehi prestasi maksimum dari enjin 2.3 liter EcoBoost.

Berikut ialah pakej penuh m330:

  • Adapter OBD EVI Bluetooth SMARTflash
  • Aplikasi mTune SMARTflash app, untuk Android dan Apple
  • Optimasi tukaran gear no-lift shift dan bunyi ekzos
  • Mod gelinciran (slippery) ditukar kepada mod sport senyap
  • Tiga tetapan: Performance, Stock dan Anti-Theft
  • Panel penapis udara aliran tinggi
  • Logo mountune
  • Bekas simpanan berzip mountune

Kesemua pakej penuh m330 untuk Ford Focus ST ini hanya berharga £599.00 atau RM3066.

Google ads
"
"
Back to top button