Buletin

SUZUKI SWIFT SPORT 2020. MILD-HYBRID, KURANG 10HP, TRANSMISI MANUAL & LEBIH JIMAT

Suzuki dilapor hanya akan melancarkan varian mild-hybrid untuk Suzuki Swift Sport untuk pasaran Eropah, selari dengan usahanya untuk mengelektrifikasikan barisan modelnya demi mematuhi piawaian emisi yang semakin ketat. 

Suzuki Swift Sport yang bakal dilancarkan di UK bulan depan itu  dilengkapi teknologi mild-hybrid. Ia melibatkan penggunaan bateri lithium-ion 48 volt dan sebuah motor elektrik yang hanya seberat 15kg.

Sistem hibrid tersebut kemudian dipadankan bersama enjin turbo 1.4L Boosterjet yang telah ditala semula.

Sistem sama turut dipasang pada model SUV seperti S-Cross dan Vitara.   

Gabungan itu membolehkan jentera itu memiliki kuasa 127hp dan tork 235Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear manual enam kelajuan. Lebih menarik, transmisi itu hadir dengan mekanisma penukaran gear yang 10 peratus lebih pantas berbanding model lama. 

Sistem itu bagaimanapun menambah sedikit berat dan membuatkannya lebih perlahan.

Catatan masa pecutan 0-100km.j kini adalah 9.1 saat atau 10 peratus lebih perlahan. Penggunaan bahan api bagaimanapun enam peratus lebih jimat iaitu sekiar 17.7km/l. 

Penampilan luaran jentera itu tidak banyak berubah. Suzuki Swift Sport didatangkan dengan sepasang lampu utama LED, rim bersaiz 17 inci.

Antara ciri standard yang lain termasuklah kawalan jelajah adaptif, pendingin hawa automatik, stereng sport dibalut kulit, sistem bunyi dengan enam unit pembesar suara dan banyak lagi. 

Mazda CX30

Dengan Kumpulan Naza dilapor bakal mengambil alih jenama Suzuki di Malaysia, adakah pengguna di Malaysia berpeluang untuk membeli Suzuki Swift Sport 2020 nanti? 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button