Artikel Pilihan

ZF 8HP – TRANSMISI 8 KELAJUAN TERMAJU

Semua pengeluar mahukannya untuk dipasang pada kereta mereka. Toyota Supra, BMW Z4, Alpha Romeo, Aston Martin, Audi, Chrysler, Bentley, Jaguar, Jeep, Lamborghini, Land Rover, Rolls Royce dan Volkswagen mahukan ZF 8HP untuk dipasang pada kereta mereka. Dan syarikat ZF memberikan respon yang baik kepada semua pelanggan mereka, semua syarikat akan dapat menggunakan transmisi 8 kelajuan mereka

Semua akan dapat 8 HP kata ZF kata Oprah

Persoalannya ialah, bagus sangat ke transmisi ini? ZF Friedrichshafen AG atau lebih mudah disebut sebagai ZF merupakan satu kongmelerat automotif yang besar berasal dari Jerman. Kalau mengikut pengalaman saya, syarikat ini juga pernah membekalkan beberapa komponen kepada syarikat tempatan.

ZF merupakan singkatan kepada Zahnradfabrik atau dalam bahasa Jerman “kilang gear” merupakan syarikat yang memberikan fokus dalam kajian, pembangunan dan pengeluaran unit transmisi untuk kegunaan industri automotif, penerbangan, keretapi, dan juga kenderaan komersial. Anda boleh bayangkan betapa besarnya syarikat ini dengan 230 buah fasiliti produksi pemasangan di seluruh dunia, dengan 146,000 pekerja.

Sikit je di bawah Megah Holding milik papa CEO. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1915 oleh Ferdinand von Zeppelin yang merupakan pencipta kepada kapal udara Zeppelin yang terkenal. Pada tahun 1919, ZF menukar industri kepada automotif selaras dengan kehendak Perjanjian Damai Versailles. Semenjak dari itu sejarah ZF dengan teknologi transmisi bermula dengan pengenalan unit transmisi 3 kelajuan, 4 kelajuan, dan 5 kelajuan automatik pada tahun 1991. Pada tahun 2004 ZF membekalkan unit transmisi CVT kepada Ford.

Sehingga hari ini terdapat 2 produk unggul dari ZF iaitu unit transmisi 8 kelajuan dan unit transmisi 9 kelajuan automatik. Transmisi 8 kelajuan ZF diberi kod ZF 8HP dengan rujukan 8 ialah bilangan ratio yang dibekalkan, H untuk hidraulik dan P merujuk kepada Planetary Gear. Unit ZF 8HP ini mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan mula digunakan oleh BMW 7 Series pada tahun 2008.

Unit transmisi ini dihasilkan khusus kereta pacuan belakang ataupun pacuan semua roda. Bagi memenuhi semua keperluan aplikasi pelanggan, unit transmisi ini dibangunkan dengan beberapa spesifikasi kuasa. Jadi unit transmisi boleh dikategorikan kepada beberapa varian berdasarkan kemampuan transmisi menahan tork yang dihasilkan kepada enjin tanpa menyebabkan kerosakan pada komponen transmisi.

Bagi transmisi ZF 8HP, keupayaan ia menahan tork bergantung pada no yang tertera pada bahagian belakang. Bagi varian 8HP30 bermakna ia boleh menahan tork sehingga 300Nm. BMW Z4 dan Supra menggunakan varian 8HP51 generasi ketiga. Varian tertinggi ialah 8HP95 yang digunakan oleh barisan model Rolls Royce. Semakin tinggi varian yang digunakan, semakin kuat aloi yang digunakan sebagai komponen dalaman transmisi.

Dalam rekaan baru transmisi 8HP ini, ZF telah mereka semula set gear ratio. Komponen dalaman terdiri daripada 4 gear planetry, 2 elemen brek dan 3 elemen klac. Dalam mana-mana gear 2 hanya 2 komponen sahaja yang bersambung. Disebabkan rekaan baru ini kurang komponen mekanikal, maka kecekapan transmisi ini telah bertambah serta mengurangkan penggunaan petrol

Kecekapan mekanikal ini telah dibantu dengan parallel axis vane pump yang berkuasa elektrik bagi membantu operasi Start-Stop. Sebagai contoh varian 8HP70 dengan keupyaaan tork 700nm hanyalah seberat 87kg sahaja merupakan contoh yang baik bagaiamana teknologi transmisi mampu membantu pembuat kereta mengurangkan pencemaran alam sekitar. Transmisi yang ringan juga membantu kereta mencapai dinamik pengendalian yang bagus.

Mazda CX30

Selepas membuat analisa secara komprehensif, ZF merekabentuk semula sistem mekatronik dan juga torsional dampers. Hasilnya transmisi 8HP ini menawarkan penukaran gear yang pantas namun pada masa yang sama sangat lancar. Bagi untuk terus kekal relevan dengan kehendak pasaran, unit 8HP juga direka agar sedia menerima komponen hibrid termasuklah plug-in hibrid.

Varian hibrid pula terdiri daripada versi 15kW untuk teknologi mild hibrid, 40kW untuk hibrid penuh, 90kW bagi versi plug-in hibrid dan juga versi 100kW untuk hibrid prestasi tinggi. Secara keseluruhan ZF memberikan beberapa kelebihan unit transmisi 8HP berbanding dengan unit transmisi yang lama seperti:

1. Penjimatan bahan api 11% berbanding dengan ZF 6HP dan sehingga 14% berbanding dengan ZF 5HP

2. Proses penukaran gear mengambil masa yang sangat singkat, sekitar 200milisaat sahaja. Secara relatif itu masa yang diambil oleh anda untuk mengintai awek yang lalu di sebelah sebelum disedari oleh bini anda

3. Kepuayaan sistem untuk mengubah transmisi walaupun bukan dalam turutan seperti dari gear 8 ke gear 2

4. Sebaran transmisi (ratio spread) sehingga 7.81

5. Pengurangan gas karbon dioksida berbanding transmisi 6HP

6. Boleh menampung tork serendah 200Nm dan sehingga maksimum 1000Nm

Tags
Google ads
Back to top button