FORD HENTI BIKIN KENDERAAN DI INDIA
Ford Motor Co. bakal menghentikan pengeluaran kenderaan di India berikutan tidak mencatatkan keuntungan di negara terbabit.
Syarikat berkenaan telah melabur melebihi AS$2 bilion (RM8.28 bilion) untuk kilang pengeluarannya di Tamil Nadu dan Gujarat dengan kapasiti menghasilkan 610,000 enjin dan 440,000 kenderaan setahun.
Kedua-dua kilang berkenaan bakal ditutup sebagai langkah penyusunan semula syarikat di negara terbabit.
Ford memasuki pasaran India pada 1995 dan syarikat itu menjadi pengeluar kenderaan AS selepas General Motors dan Harley Davidson menghentikan kilang pembuatan di pasaran dikuasai pembuat kenderaan domestik dan Asia.
Dalam satu kenyataan, Ford berkata anggaran kerugian operasi mencecah melebihi AS$2 bilion (RM8.28 bilion) sejak 10 tahun bertapak di India.
“Biarpun, segala usaha telah dilaksanakan, kita tidak dapat mencari jalan ke arah keuntungan jangka panjang,” kata Ketua Ford India Anurag Mehrotra.
Mehrota menambah keputusan Ford diperkuat oleh industri berterusan terhadap kapisiti dan pengurangan pertumbuhan yang dijangka terhadap pasaran kenderaan di India. – reuters
- BACA: FORD PERKENAL PAKEJ SPLASH UNTUK RANGER. WARNA TERANG, KABIN LEBIH SPORTY
- BACA: 43,000 FORD RANGER DAN 22,000 HUMVEE. APA JADI PADA ASET KETENTERAAN AS DI AFGHANISTAN?
- BACA: FORD JUAL MOTOR ELEKTRIK DARI MUSTANG E-MARCH. HARGA MURAH DARI ENJIN CIVIC TYPE-R
- BACA: FORD FOCUS ST EDITION, INI MEMANG HATCHBACK ‘BEST’!