
FORD PERKENAL PAKEJ SPLASH UNTUK RANGER. WARNA TERANG, KABIN LEBIH SPORTY
Ford mengimbau kembali kenangan peminat trak pikap Ranger apabila memperkenalkan pakej Ranger Splash ke pasaran Amerika Syarikat.
Splash merupakan antara varian terkenal Ranger kerana ia hadir dalam warna terang dan pelekat tersendiri. Kini, pakej Splash ditawarkan pada harga AS$1,495 (RM6,200) yang merangkumi badan berwarna hitam dan oren, selain rim hitam matte 12 jejari bersaiz 18 inci.

Bukan itu sahaja, trak pikap berkenaan juga menerima kemasan warna oren pada gril hadapan. Manakala bampar depan belakang, perumah cermin sisi, arca roda vent fender dan pelekat sisi diberi warna hitam. Pelanggan yang mahukan lebih gaya dan keupayaan di laluan off-road boleh menambah pakej FX2 atau FX4.
Ruang dalaman diserlahkan dengan tempat duduk dan stereng dibalut kulit hitam bersama jahitan benang oren, di samping kemasan karbon.
Bagi mereka yang inginkan eksklusiviti, Ford akan menawarkan satu siri warna Splash istimewa sehingga hujung tahun ini. Dihadkan kepada beberapa ratus unit sahaja, trak pikap itu hadir dengan warna dalaman dan luaran berbeza. Model pertama yang bakal diperkenalkan ialah Snow Edition.
- BACA: BARU NAIK TARAF RM15K, LELAKI SEDEKAHKAN FORD RANGER 3.2L UNTUK TUJUAN AMAL
- BACA: FORD RANGER RAPTOR X EDISI KHAS 2021. WARNA MERAH, KAMERA 360, RM216,888 SEUNIT
- BACA: FORD THAILAND PERKENAL RANGER XL STREET SPECIAL EDITION. ENJIN 2.2L, 6MT, BERMULA RM87,500
- BACA: 43,000 FORD RANGER DAN 22,000 HUMVEE. APA JADI PADA ASET KETENTERAAN AS DI AFGHANISTAN?
GALERI