EV ORA GOOD CAT & ORA BLACK CAT DIKESAN DIUJI DI SHAH ALAM. BAKAL LANCAR Q1 2022?
Nampaknya, pengguna di Malaysia mungkin boleh membeli kereta elektrik (EV) pada harga lebih berpatutan tidak lama lagi.
Ini berikutan dua buah EV jenama Ora Good Cat dan Ora Black Cat dikesan diuji di kawasan Shah Alam sejak semalam (9 September 2021). Foto-foto tersebut dikongsi di Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club oleh Mohd Junaizee Mohd Noor.
Ora Good Cat dan Ora Black Cat ialah EV kompak yang dihasilkan oleh Great Wall Motors (GWM). GWM dilihat komited untuk melancarkan EV di pasaran Asia Tenggara.
Buktinya, ia sudahpun membuat ujian dan melakukan preview Ora Good Cat di Thailand pada Februari lalu dan membeli kilang milik General Motor di Rayong.
Berbalik kepada Ora Good Cat dan Ora Black Cat yang diuji di Shah Alam, kedua-duanya merupakan unit pemanduan sebelah kiri. Ini berdasarkan kepada pelekat pada bahagian belakang kereta tersebut.
Menurut info, Ora Good Cat dan Ora Black Cat besar kemungkinan dibawa masuk oleh Go Auto Group dan bakal dipasarkan secara rasmi pada suku pertama tahun 2022.
Melihat kepada spesifikasinya, Ora Good Cat dijana oleh motor elektrik pacuan roda depan yang mampu menghasilkan 145PS dan 210Nm. Terdapat dua kapasiti bateri ditawarkan iaitu 47.8kWh dan 59kWh yang mampu mencapai jarak sejaih 401km dan 501km.
Jika dicaj menggunakan AC standard, ia memerlukan masa sehingga 8 jam untuk penuh. Manakala penggunaan pengecasan pantas DC pula hanya memerlukan masa sekitar 30 minit untuk mendapatkan caj daripada 30 kepada 80 peratus.
Di China, Ora Good Cat ditawarkan pada harga bermula 103,900 yuan (RM65,221) sehingga 143,900 yuan (RM90,340).
Sementara Ora Black Cat (Ora R1) pula bakal diperkenalkan sebagai EV mampu milik. Ia hadir dengan motor elektrik berkuasa 49 PS dan tork 125Nm. Di China, ia boleh dibeli pada harga bermula RM37,894 hingga RM49,300 seunit.
Sudah tentu, ini satu perkembangan yang cukup positif. Saya yakin ramai yang sudah bersedia untuk memiliki sebuah EV jika kena pada harganya. – Careta, Funtasticko,
- BACA: ORA ‘KUCING BAIK’ EV TERBAHARU CHINA. GABUNGAN REKAAN PORSCHE 911, BEETLE, FIAT 500?
- BACA: GWM TANK 500. 510HP, LEBIH BESAR DARIPADA LAND CRUISER PRADO
- BACA: GWM LANCAR TRAK PIKAP CANNON DI AUSTRALIA. HARGA MURAH, SPECS LAGI PADU DARIPADA HILUX, RANGER & D-MAX
- BACA: HYUNDAI LANCAR MPV STARIA DI THAILAND. 11 TEMPAT DUDUK, ENJIN DIESEL 2.2 LITER, BERMULA RM222K
GALERI