Buletin

POLIS PERANCIS TERIMA DUA UNIT AWAL KERETA PERONDA ALPINE A110S

Pasukan polis Perancis telah menerima dua unit pertama Alpine A110s daripada 26 unit yang dijanjikan dalam tempoh empat tahun.

Model kereta sports Alpine A110s ini akan dijadikan sebagai unit ‘rapid intervention‘ untuk mengejar pesalah trafik berkelajuan tinggi, dan ia juga akan digunakan sebagai kenderaan latihan untuk para pegawai polis yang akan bertugas mengendalikan jentera ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Perancis membuka tender kepada pengeluar kenderaan untuk kegunaan pasukan polis, dan ia kemudian dianugerahkan kepada Alpine.

Kesemua model Alpine A110s ini datang dengan kelengkapan standard pasukan polis termasuklah sistem komunikasi, serta liveri polis yang lengkap dengan pelekat reflektif.

Mengikut spesifikasi, Alpine A110s dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris 1.8 liter turbo yang mampu menghasilkan 249 hp dan 320 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 4.5 saat.

Google ads
Back to top button