
ART OF SPEED 2023 BERTEMAKAN RAIKAN BEZA MU – TAMPIL LEBIH BANYAK AKTIVITI
Art of Speed 2023 kini kembali dan menjanjikan himpunan aktiviti lebih menarik demi memuaskan hati peminat serta pengunjung. Diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Art of Speed 2023 berlangsung pada 29 Julai dan 30 Julai, 10 pagi hingga 7 malam.
Art of Speed 2023 turut menampilkan tetamu komuniti kustom serta media antarabangsa, antaranya Kustomstyle (Jepun), Joints Custom Show (Jepun), Hisa Artes 66 Paintlab (Indonesia), Choppajoop (Singapura), Mow (Australia), Ignite magazine (Thailand), Borneo Kustom Show (Brunei) dan Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com.
Art of Speed 2023 akan mempamerkan 500 buah kenderaan dengan tarikan utama terarah kepada Show & Shine di Dewan A yang akan menampilkan kenderaan bermodifikasi terbaik.

Tarikan baharu pula pasti akan membuatkan peminat Hot Wheel teruja apabila Art of Speed 2023 memperkenalkan acara The Hot Wheels Legends Tour yang pertama kali diadakan pada tahun ini.
Bukan itu sahaja, Dewan B pula bersedia menyambut pengunjung ke Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy and Sell manakala Dewan C dan D masing-masing dimeriahkan dengan acara Off the Grid serta Hail Vintage.
Selain itu, Art of Speed edisi ke 12 juga tampil bersama aktiviti seperti Roda Rumble 2023, La Cultura, Streetware Con, Pageant, reruai makanan dan trak Food Park, Bazar Vintaj Automobil serta Pelancaran produk di atas pentas.

Turut tersedia ialah Zon Tunggang Uji motosikal keluaran Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan banyak lagi.
Tahun ini juga menyaksikan SoundCircus Festival kembali di mana acara berkenaan mendapat sokongan daripada Harley-Davidson dan BRO ASIA.
1,000 pembeli tiket pertama berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Atas Talian AOS2023 di mana terdapat hadiah tambahan untuk dimenangi oleh Harley-Davidson.
10 kugiran muzik yang akan membuat persembahan di SoundCircus Festival termasuklah Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu, dan Armpunk Sindicate.
Pentas di dalam Dewan A pula menyajikan persembahan daripada Dato Maw, Hip Hop Decontrol, Balan Kash, Arunboii, One Buck Short, Loko, Bayangan, Kapten Oi!, Dead Mushroom serta Blues Gang.
Untuk makluman, Festival SoundCircus diadakan pada hari Sabtu 29 Julai 2023 di MAEPS Serdang dari jam 4:00 petang hingga lewat malam. Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual).
Tiket SoundCircus Festival untuk akses di luar pentas boleh didapati pada harga RM120 setiap orang atau RM360 untuk kumpulan 4 orang (RM90 setiap orang).
Pada hari terakhir Art of Speed 2023, seorang pemegang tiket bertuah berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah Toyota Celica 1979 yang di kustom sepenuhnya oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).
Pas hujung minggu Art Of Speed 2023 boleh didapati di depan pintu atau menerusi dalam talian pada harga RM35.00 (kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pemegang pas OKU masuk percuma).
Pas Speed Lane pula boleh dibeli pada harga RM60, sementara pas Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass sudah tersedia atas talian pada harga RM135.
- BACA: ART OF SPEED EDISI KE-12. 29-30 JULAI, PEMENANG CABUTAN BERTUAH BAWA PULANG TOYOTA CELICA 1979 DENGAN AIR SUSPENSION!
- BACA: TESLA DILANCARKAN SECARA RASMI 20 JULAI INI – BAWA MASUK MODEL Y DAN MODEL 3?
- BACA: CHINA ATASI JEPUN SEBAGAI PENGEKSPORT TERBESAR SUKU PERTAMA 2023 – MENINGKAT 76 PERATUS!
- BACA: JUTAWAN ZUHUD, MASIH SETIA PAKAI HONDA ACCORD