
CHINA KINI HAMPIR ATASI JEPUN SEBAGAI PENGEKSPORT KERETA TERBESAR DUNIA – SILA BERI LALUAN
Dominasi Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar dunia kini semakin tergugat dengan kebangkitan China selaku kuasa baharu Jerman dan Korea Selatan yang juga sedang meningkatkan pengeluaran mereka. Namun jelas sekali antara ketiga negara yang disebutkan China merupakan pencabar utama.

Awal tahun 2023 eksport China telah melebihi Jepun dan ianya berterusan di sepanjang tahun. China Association of Automobile Manufacturers (CAAM) menyatakan China telah mengeksport sejumlah 4.41 juta unit kenderaan antara Januari dan November dengan peningkatan 58 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sebagai perbandingan, Jepun hanya mengeksport 3.99 juta unit untuk tempoh masa yang sama walaupun masih lagi mencatat peningkatan 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun China belum lagi mengembangkan pasarannya ke A.S dan baharu sahaja mahu melebarkan sayap di Eropah, mereka sebenarnya sudah menguasai pecahan pasaran yang besar di Mexico dan Rusia. Patutlah pasaran mereka meningkat teruk.
Nikkei melaporkan China mengeksport 730000 unit kenderaan ke Rusia antara Januari dan Oktober dengan peningkatan tujuh akoi ganda! Eksport ke Mexico hanya 330000 unit tapi ia merupakan peningkatan sebanyak 71 peratus sebenarnya! Ia memang banyak membantu menjana keuntungan untuk syarikat-syarikat China sebenarnya.
Namun kena ingat bukan semua kenderaan yang dieksport keluar dari China itu merupakan jenama China walaupun BYD memang menguasai pasaran eksport. Tesla, Volvo, BMW dan BMW juga merupakan produk yang dipasang di China yang dieskport untuk pasaran seluruh dunia.