Buletin

KOENIGSEGG BAKAL LANCAR HYPERCAR BARU?

Sambutan tahun baru 2022 dimulakan dengan gambar teaser terbaharu oleh Koenigsegg yang memberikan bayangan pelancaran model hypercar terbaharu.

Hantaran di media sosial itu turut disekalikan dengan resolusi Koenigsegg untuk tahun 2022, di mana mereka mahu menawarkan lebih banyak jentera berprestasi tinggi menerusi rekaan dan kejuruteraan yang pintar.

Koenigsegg bukanlah satu nama yang asing bila sebut bab inovasi kejuruteraan.

Mereka sebelum ini tampil dengan bermacam-macam teknologi, dan antara yang mencuri tumpuan adalah teknologi Freevalve di dalam grand tourer 1,700 hp Gemera.

Koenigsegg CC8S

Berdasarkan gambar acah yang dibekalkan, hypercar baharu ini menampilkan elemen daripada model-model terdahulu, seperti contoh splitter hadapan (Koenigsegg CCX, CCR), diffuser belakang (Koenigsegg Agera), dan rekaan unit lampu belakang (Koenigsegg CCX).

Tahun 2022 turut menandakan ulang tahun yang ke-20 penghantaran pertama kereta produksi pertama CC8S, di mana hanya lapan unit sahaja supercar 646 hp itu dibina antara tahun 2002 dan 2003.

Google ads
Back to top button