Buletin

GWM LANCAR TRAK PIKAP CANNON DI AUSTRALIA. HARGA MURAH, SPECS LAGI PADU DARIPADA HILUX, RANGER & D-MAX

Great Wall Motors (GWM) baru-baru ini melancarkan trak pikap double cab, GWM Cannon ke pasaran Australia. Menerima penambahbaikan paling banyak untuk tempoh 10 tahun, GWM Cannon menawarkan pelbagai teknologi pada harga lebih mampu milik. 

Ciri padanya didakwa melampaui apa yang ditawarkan oleh Toyota Hilux, Ford Ranger, Isuzu D-MAX dan Mazda BT-50. Hadir dalam tiga varian, GWM Cannon boleh dimiliki pada harga bermula AUD$33,990 (RM101,905) sehingga AUD$40,990 (RM123,000).

Biarpun dengan harga itu, kelengkapan yang diberi adalah menyamai model trak pikap berharga AUD$60,000 (RM180,00) dan ke atas. Jika dilihat kepada sistem keselamatan yang dimilikinya, trak pikap tersebut dijangka menerima penarafan lima bintang oleh ANCAP. 

GWM Cannon dikuasakan oleh enjin turbo diesel bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana 161hp dan tork 400Nm. Enjin itu dilengkapi pengecas turbo geomeri boleh ubah serta pendikit pengambilan udara dan camshaft yang telah dinaik taraf. 

Tidak seperti pesaing lain, trak pikap itu hanya hadir dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF. Sistem pacuan empat rodanya boleh ditukar dan differential lock pada gandar belakang. Penggunaan ban apai adalah sekitar 9.4L/100km dengan keupayaan menunda sehingga 2,250kg.

Semua varian GWM Cannon dilengkapi brek cakera pada keempat-empat tayar. Sedangkan kebanyakan trak pikap lain masih menggunakan brek jenis gelendong pada tayar belakang. 

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi 7 beg udara, AEB, Lane Departure Warning, Lane Keeping Assist, RCTA, Lane Change Assist, Adaptive Cruise Control, amaran kelajuan dan pengecaman papan tanda jalan, kawalan kestabilan, Hill Start Assist, Hill Descent Crotrol serta banyak lagi.  

Untuk merancakkan jualan dan meningkatkan keyakinan pengguna, GWM merancang untuk menggandakan rangkaian pengedarnya ke 80 menjelang tahun hadapan. GWM Cannon akan dijual bersama SUV Haval H2 dan H6. Syarikat itu juga bakal memperkenalkan aksesori rasmi seperti bullbar, tow bar dan peralatan perlindungan. 

Lebih menarik lagi, ia hadir dengan jaminan kilang selama tujuh tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

 GALERI

Google ads
Back to top button