Artikel Pilihan

MITSUBISHI COLT BAHARU KINI DIPERKENALKAN – HENSEM BETUL NI

Mitsubishi akhirnya dedahkan imej sebenar Colt. Rupa parasnya mungkin bukan asing untuk warga Eropah kerana ia memang diasaskan dari Renault Clio. Tak banyak sangat pun perbezaan antara keduanya tapi tak bermaksud ia kurang menarik. Benda dan lawa buat taruk mekap banyak-banyak kan?

Mungkin Mistsubishi sendiri pun tidak mahu membazirkan terlalu banyak wang dalam proses rebadge dan mahu fokus kepada model mereka yang lebih ‘tulen’. Tengok sahaja logo Mitsubishi pada gril hadapan. Ia seolah-olah ditampal begitu sahaja pada asas yang direka untuk logo Renault. Jimat betul ni.

Tapi macam kami katakana tadi la, kereta ini masih kelihatan menarik sebenarnya. Tengok sajalah lampu hadapan LED nya yang jelas menunjukkan imej agresif. Begitu juga dilihat dari bahagian belakang. Nampak ringkas dan menarik macam model Colt asal je kan?

Bahagian tengah konsol dalaman dihiasi dengan skrin infotainment sesentuh saiz 9.3 inci lengkap dengan fungsi Android Auto bebas wayar dan Apple CarPlay. Terdapat satu lagi skrin paparan di belakang roda stereng untuk menyampaikan info pemanduan kepada pemandu. Colt juga menawarkan sistem pengecas bebas wayar untuk telefon pintar anda.

Colt baharu ini sudah tentu menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik dengan penggunaan trenkuasa hibrid. Ia menggunakan enjin 1.6 liter yang digandingkan dengan sepasang motor elektrik yang akan menghasilkan output keseluruhan 141 hp.

Mitsubishi turut meyakinkan yang kedua motor elektrik akan berkemampuan untuk menyumbang 80 peratus kuasa ketika berada di dalam bandar.

Selain daripada versi hibrid, dua varian lain turut ditawarkan dengan enjin 1.0 liter NA (66h) dan varian turbo yang mampu menghasilkan 90hp kuasa maksima.

Aksesori lain tak payah cerita la. Macam-macam sistem bantuan pemanduan ditawarkan antaranya ialah lane departure warning, cruise control, pengenalan papan tanda jalan dan macam-macam lagi.

Varian full spec akan menerima sistem BLIS, rear cross traffic alert, park assist dan kamera 360 darjah.

Harga belum diumumkan lagi dan produksinya akan bermula September ini di Turki. Ia akan muncul di bilik pameran sekitar Eropah menjelang musim luruh. Adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia? Mungkin tuan-tuan, mungkin.

Google ads
Back to top button