Buletin

BENGANG KENA SAMAN, LELAKI INI RAKAM 400 GAMBAR KESALAHAN PARKIR PEGAWAI PENGUATKUASAAN

Kita biasa mendengar bahawa tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang, termasuklah kakitangan penguatkuasaan.

Tetapi, adakah perkara itu berlaku dalam dunia sebenar? Seorang lelaki dari Albuquerque, New Mexico nampaknya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sekurang-kurangnya melibatkan cara pegawai negeri dan majlis perbandaran memakir kereta mereka.  

Malah, Fermin Aguilar boleh melihat kereta yang diparkir secara haram setiap hari. Masalahnya, kereta itu adalah milik agensi kerajaan. Dia semakin bengang kerana orang biasa sepertinya sentiasa disaman, sedangkan pegawai agensi tidak begitu.

Untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah ini, Aguilar telah merakam lebih 400 keping gambar kereta yang diparkir secara hariam oleh kakitangan agensi kerajaan, terutama pegawai penguatkuasaan.  

“Parkir di laluan pejalan kaki dan petak kuning. Malah, ada sebuah kereta diparkir di laluan bomba, sebelum pegawainya berjalan dan memberi saman kepada orang lain,” kata Aguilar.   

Sudah lebih setahun dia merakam gambar kereta agensi kerajaan yang diparkir secara haram di Albuquerque. KRQE TV kemudian membawa foto itu untuk mendapat perhatian Jabatan Pembangunan Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab menyelia isu parkir.

“Dia betul, ini tidak adil dan kami sedang memperbaikinya. Kami akan mengambil langkah untuk memudahkan pegawai memarkir kenderaan mereka,” kata jurucakap jabatan tersebut.

Tags
Google ads
Back to top button