Buletin

TOYOTA SUPRA MK4 ‘TUMPANG’ PARKIR ATAS HONDA. KOT IYE PUN TAK SUKA HONDA

Sebuah kereta Toyota Supra Mk4 kelihatan berada di atas Honda di ruang parkir Torrance, California, Amerika Syarikat.

Ini merupakan kemalangan yang agak pelik terutama apabila kejadian berlaku di petak parkir.

Menurut laporan carscoops, gambar berkenaan diterima daripada peminat setia bernama Dave yang menjumpai imej pelik itu di laman Facebook.

Dalam gambar, ia menunjukkan sebuah kereta berwarna hitam jenama Supra terbabas memasuki kawasan semak sebelum ‘berehat’ di atas hud dan cermin hadapan Honda tersebut.

Walaupun tidak mempunyai gambaran jelas bagaimana kemalangan boleh berlaku. Bagaimanapun, terdapat beberapa teori kemungkinan kemalangan ini terjadi.

Pertama, kemungkinan besar ketika pemandu Supra ingin memasuki petak parkir, dia tersalah tekan pedal memecut kerana menyangka ia adalah pedal brek.

Ia sekali gus mengakibatkan kenderaan memecut di atas susur jalan dan terus merempuh Honda.

Kedua, mungkin pemandu memandu terlalu laju sehingga hilang kawalan kereta sport itu dan naik di atas kereta Honda.

Apa pun teori, kerosakan yang dialami kereta Supra tidak begitu teruk berbanding Honda berkenaan.

Kita hanya boleh membayangkan perasaan pemilik Honda apabila melihat keretanya kelak.

Google ads
Back to top button