Buletin

GAGAL MENCURI, LELAKI TUMBUK PERUT PAKCIK JUAL MAKANAN RINGAN

Satu klip video seorang lelaki yang menumbuk seorang peniaga makanan ringan menggunakan motosikal nyata mencetuskan kemarahan ramai.

Video berdurasi 52 saat itu bermula dengan seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah melihat-lihat barang jualan, sebelum menariknya daripada ikatan di motosikal.

Kesian pakcik tu

Posted by Kader Ibrahimz on Khamis, 17 Oktober 2019

Dia kemudian dengan selamba berjalan ke arah sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh rakannya tanpa membuat pembayaran.

Pakcik yang juga peniaga itu kemudian mengejar dan cuba meminta bayaran. Tidak berpuas hati permintaannya tidak ditunaikan, lelaki tersebut bertindak kasar dengan menumbuk perut pakcik malang itu.

Lokasi kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Dikongsikan oleh pengguna Facebook Kader Ibrahimz, klip video itu telah ditonton sebanyak 166,268 kali dalam tempoh 17 jam.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, mungkin boleh membuat laporan polis atas dakwaan cubaan mencuri atau mencederakan orang lain.

Perbuatan samseng seperti ini semestinya perlu dicegah supaya tidak terus berlaku. Kepada si pelaku, abang Japar doakan kau dapat balasan setimpal!

Tags
Google ads
Back to top button