Buletin

3 UNIT FORD RANGER RAPTOR DICURI DI KAJANG

3 unit trak pikap Ford Ranger Raptor dilapor telah dicuri dari sebuah bilik pameran Ford di Sungai Jelok, Kajang. Insiden yang berlaku pada awal pagi itu didakwa didalangi oleh sekumpulan lima orang lelaki. 

Suspek dikatakan telah memecah masuk ke dalam premis pada pukul 4.00 pagi sebelum melarikan kenderaan tersebut. 

Ketua Polis Kajang, ACP Ahmad  Dzaffir Mohd Yussof memberitahu, berdasarkan kepada saksi, seorang pengawal keselamatan dari Pakistan berusia 47 tahun, suspek masuk ke dalam premis itu menggunakan parang. 

“Suspek juga mengikat pengawal keselamatn itu sebelum melarikan diri. Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM600,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.” kata  Ahmad  Dzaffir. 

Polis kini giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi mana-mana balai pois berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Hafizah Abdul Latiff di talian 016-6060955.  

Tags
Google ads
Back to top button