Motosikal

CURI HARLEY-DAVIDSON KUMPULAN GANGSTER HELLS ANGELS – MEMANG NAK MAMPUS AGAKNYA

Seperti semua orang tahu, United Kingdom sememangnya berdepan masalah kecurian motosikal yang kronik. Hampir setiap hari ada sahaja motosikal yang dicuri tanpa mengira jenis atau jenama. 

Namun, berita kecurian motosikal kali ini sedikit berbeza. Pada hujung minggu lalu, dua buah Harley-Davidson Dyna milik ahli kumpulan gangster Hells Angles telah dicuri. Insiden itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Stuart Hack. 

Hack menghantar post nya ke kumpulan UK Motorcycle Theft Protest yang kini mempunyai 24,000 orang ahli. 

“Malangnya, pencuri ini buat hal dengan orang yang salah. Motosikal ini milik kumpulan Hells Angels, oops. 

MOTOSIKAL YANG DICURI SEMALAM. 

2 Harley-Davidson Dyna  

1x 2003 Black HD Dyna. Scuff on headlight fairing and Hells Angels Death Head on primary cover.  

1x 2000 Anniversary Dyna. Berwarna hitam. Kedua-duanya dengan nombor pendaftaran Belanda. 

Dicuri dari Hotel Highfield berhampiran kawasan A690 Rainton/Houghton le Spring. 

Aksi lima orang lelaki yang memakai topeng dan hoodie mencuri motosikal itu dirakam menerusi CCTV. 

“Sekiranya motosikal ini dipulangkan ke Hells Angels Tyne & Wear, tiada tindakan lanjut akan diambil. Jika tidak dan kami jumpa siapa yang mencurinya, bersedialah!!

Sebarang maklumat sila PM saya dengan segera. 

Hantaran itu membuatkan ramai pembaca menulis komen yang melucukan. “Mampus,” kata Dnalor Semra. 

“Siapalah yang bodoh sangat hendak mencuri daripada Hells Angels? Oh ya, tengok empat orang lelaki di atas #bodoh,” tulis Lee Marchant. 

“Jika mereka pulangkan motosikal dan harap dimaafkan? Bukan macam Hells Angels tu,” komen Linden Palin. 

Google ads
Back to top button