Buletin

PENCURI TUMBUK, BAWA LARI KERETA WARGA EMAS. TAK LAMA, SUSPEK MAUT KEMALANGAN

Seorang lelaki menerima balasan setimpal apabila maut dalam kemalangan sejurus selepas mencuri sebuah kereta milik  seorang warga emas, lapor akhbar The Sun UK.

Suspek itu dilaporkan menumbuk mangsa,  Shirlene Hernandez, 72, ketika wanita itu berhenti di sebuah stesen minyak sebelum melarikan keretanya.

Tidak lama selepas kejadian itu, pihak polis menemui kereta Hernandez dalam keadaan remuk dengan pencuri tersebut kaku di tempat duduk pemandu.

“Ramai yang berkata bahawa apa yang berlaku adalah lelaki itu mendapat balasan selepas melakukan kejahatan pada diri saya,  namun sejujurnya, saya sedih kerana dia mati dalam keadaan menyedihkan seperti itu.

“Kini saya perlu mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan kereta baharu kerana saya tidak mahu berhenti bekerja,”kata Hernandez.

Penduduk tempatan dan cucu Hernandez, Helen Garcia telah mewujudkan halaman derma  awam atau crowdfunding di laman web  GoFundMe untuk membantu neneknya mengumpul dana bagi membeli kereta ganti.

Menjelang pagi semalam,  derma yang dikumpulkan telah melebihi AS$23,000 (RM98,325)  walaupun sasaran awal  cuma AS$5,000 (RM21,375). – KOSMO!

Google ads
Back to top button