
REMBAT 3,785 LITER DIESEL GUNA MINIVAN. BIKIN PINTU RAHSIA SEDUT TANGKI SIMPANAN BAWAH TANAH
Pendekatan stesen minyak menggunakan kaedah bayar pendahuluan terlebih dahulu mengurangkan risiko kecurian.
Bahkan, dapat membendung ‘pencuri’ cabut lari selepas mengisi penuh tangki minyak mereka.
Begitupun, pencuri di Texas, Amerika Syarikat telah menemui cara terbaharu dalam merembat bahan api berkenaan di stesen minyak dengan menggunakan minivan.
Menurut laporan KHOU 11, kejadian berlaku selama tiga hari berturut-turut di stesen minyak, Fuqua Express.

Pencuri terbabit menggunakan kaedah membikin pintu rahsia di minivan untuk menyedut bahan api dari tangki simpanan bawah tanah.
Pemilik stesen minyak, Jerry Thayil berkata dia perasan sesuatu yang pelik apabila sebuah minivan kelihatan seperti Chrysler Town & Country akan parkir di atas port pengisian tangki simpanan bawah tanah selama 15 hingga 20 minit sebelum berlalu pergi.

Dia menambah, suspek mencuri bahan api melalui pintu rahsia pada bahagian bawah kenderaan terbabit dengan menggunakan pam untuk menyedut masuk ke dalam van terbabit.
Thayil mendakwa suspek memiliki kunci sendiri untuk membuka port terbabit.
Pencuri terbabit berjaya melarikan diesel sebanyak 3785 liter dalam tempoh tiga hari yang mengakibatkan kerugian mencecah AS$5,000 (RM 20,922). –motor1