
PENCURI CERDIK DITAHAN BERSEMBUNYI DI BELAKANG FORD RAPTOR – TERINGIN MAIN SOROK-SOROK KE
Cubaan melarikan diri ataupun menyorok dari kejaran pihak polis memang sangat mencabar kini kerana pihak berkuasa mempunyai pelbagai gajet berteknologi tinggi untuk membantu mereka. Apatah lagi di Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai sokongan unit udara menggunakan helikopter sepanjang masa.

Seorang pencuri mendapat pengajaran setimpal bila tindakan beliau bersembunyi di ruang kargo Ford Raptor masih berjaya dikesan pihak polis. Tak pasal-pasal meringkuk dalam lokap.
Kisah bermula pada 27 Oktober lepas selepas sebuah Lincoln Aviator dilaporkan dicuri dari sebuah premis Ford di Dearborn, Michigan. Dah banyak kali sebenarnya kecurian kenderaan dilaporkan di kilang milik Ford ini sejak beberapa tahun lepas. Polis memulakan siasatan dan cuba mengesan suspek yang terlibat.

Suspek kemudian berjaya dikesan menggunakan kamera pengesan haba yang dipasang pada helikopter polis. Dulu teknologi ini cuma ada pada Airwolf dan Blue Thunder tau. Sewaktu dikesan suspek sedang berbaring di belakang dek kargo Ford F-150 Raptor berwarna oren yang sedang menunggu giliran untuk diserahkan kepada pemiliknya.
Ketinggian trak pikap tersebut dan ruang yang besar membuatkan suspek menyangka ia satu tempat persembunyian yang sesuai. Sayangnya dia tak tahu kot yang kamera helikopter tu mampu mengesan suhu badan manusia dari udara.
Juruterbang helikopter polis menyampaikan maklumat kepada pegawai di bawah dan suspek berjaya diberkas sewaktu sedang berbaring dengan serta merta. Siap kena acu pistol lagi kau.
Tak payahlah nak mencuri, banyak lagi kerja lain yang boleh dilakukan untuk mencari duit samah seriya. Kalau kena tembak lagi tak berbaloi.