Buletin

GM HENTI TAWAR PEMAIN CD BERMULA 2022

Menurut Persatuan Insdustri Rakaman Amerika (RIAA), jualan album cakera padat (CD) di Amerika Syarikat (AS) merudum  sebanyak 97 peratus berbanding zaman kegemilangannya pada tahun 2000. Ia juga merupakan angka terendah sejak tahun 1986. 

Ini menjadi bukti kukuh bahawa CD tidak lagi menjadi pilihan pendengar muzik zaman sekarang. Namun, ia tidak bermakna tiada orang yang mempunyai koleksi CD yang banyak. Berita buruk untuk mereka kerana GM dilapor tidak lagi menawarkan pemain CD dalam kenderaan mereka mulai tahun 2022. 

Memetik laporan GM Authority, pilihan pemain CD pada model Chevrolet Express dan GMC Savanna tidak lagi ditawarkan bermula tahun hadapan.

Malah, teknologi yang menjadi salah satu sumber hiburan kepada pemandu dan penumpang kenderaan itu tidak lagi diberikan pada model-model GM sejak tahun 2021. 

Ini bukanlah satu perkembangan yang mengejutkan. GM sebenarnya agak lambat dalam membuang ciri pemain CD pada kenderaannya. Sedangkan pengeluar lain seperti Ford, Toyota dan Honda sudah tidak menawarkannya sejak tahun 2016 lagi. 

Google ads
Back to top button