Buletin

INFINITAS TAWAR KIT PENGECAS HIBRID UNTUK BMW M2, M3 DAN M4. KUASA SEHINGGA 1,000HP, BERMULA RM34K

Pengeluar alat ganti berprestasi tinggi untuk kereta BMW, Infinitas baru-baru ini memperkenalkan ‘pengecas hibrid’ untuk enjin S55b30 yang digunakan pada siri F8x, merangkumi model-model seperti M2, M3 dan M4. 

Sistem berkenaan terdiri daripada gabungan compressor dan pengecas biturbo, dengan compressor tersebut disambungkan kepada pengecas turbo OEM. Komponen itu berfungsi memampatkan udara sebelum ia masuk ke dalam pengecas turbo. Ini menawarkan tekanan boost lebih tinggi, mengurangkan turbo lag, selain menambah baik maklum balas pendikit dan enjin. 

Versi asas sistem itu mampu meningkatkan kuasa enjin enam silinder turbo berkembar 3.0 liter kepada 600hp dan tork 800Nm, naik sebanyak 190hp dan 250Nm berbanding enjin standard. 

Kit itu juga merangkumi pancuan belt tambahan, aliran udara baharu dengan penapis, tiub aluminium, penyejuk udara aluminium yang diletakkan di antara compressor dan pengecas turbo, serta pemprograan semula perisian kawalan enjin.   

Pemilik BMW M2 Competition, M2 CS, M3 dan M4 boleh membeli kit berkenaan daripada Infinitas pada harga bermula €6,998 (RM34,545) dan kos pemasangan sebanyak €2,112 (RM10,426). 

Infinitas memberitahu itu merupakan permulaan sahaja kerana pihaknya sedang membangunkan empat tahap kuasa dengan kit SK2 mampu menjana kuasa sehingga 700hp dan tork 900Nm. Kit SK2CS pula menawarkan kuasa 800hp dan tork 900Nm. 

Manakala kiy SK3 membolehkan kuasa enjin ditingkatkan menjadi 900hp dan tork 1,000Nm. Kit tertinggi iaitu SK3RR didakwa berupaya menghasilkan kuasa 1,000hp dan tork 1,100Nm. Harga kit-kit ini bagaimanapun tidak diumumkan. 

GALERI

Google ads
Back to top button