Buletin

PENGEDAR HOLDEN UPAH PENYIASAT. MAHU BUKTIKAN GM SUDAH LAMA RANCANG NAK TUTUP HOLDEN DI AUSTRALIA

Sekumpulan pengedar holden di Australia telah mengupah satu firma penyiasat persendirian untuk mengetahui adalah General Motors (GM) sudah merancang untuk menamatkan jenama Holden setahun sebelum pengumuman rasmi mengenainya dibuat. 

Pada masa yang sama GM terus menggalakkan mereka untuk membuat pelaburan seperti menaik taraf bilik pameran, menjanjikan pengenalan model-model baharu dan menandatangani perjanjian francais rangkaian pengedar selama lima tahun. Sedangkan GM sudah merancang untuk menutup jenama tersebut di sana. 

Majlis Pengedar Holden (HDC) yang mewakili 185 pengedar dan mengendalikan 203 bilik pameran mahu tahu adakah GM ingin menjual Holden ketika ia ‘menyerahkan’ jenama Opel dan Vauxhall kepada Peugeot Citroen pada tahun 2017. GM bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut. 

HDC yang kini sedang berunding dengan GM untuk mendapatkan pampasan berikutan penamatan perjanjian tiga tahun lebih awal juga mengesyaki GM tahu ia mahu membunuh jenama itu. Terutama apabila ia merancang untuk menutup dua buah kilang di Thailand dan India. 

GM menjual saluran pengeluarannya di Thailan dan India kepada Great Walla Motors pada tahun 2019 dan 2020. Sejak menamatkan pengilangan di Australia pada Oktober 2017, Holden mengambil barisan produknya dari Korea Selatan dan Thailand. 

Hanya dua model iaitu SUV Equinox dan Acadia datang dari Amerika Syarikat dan Mexico yang mencatatkan jualan rendah di Australia. 

Firma penyiasatan perlu menyiasat penjualan Opel kepada Kumpulan Peugeot-Citroen pada tahun 2017 dan adakah  Holden ditawarkan sebagai sebahagian daripada perjanjian jualan. “Kami juga menyiasar penjualan kilang Talegan GM di India. Sama ada ia termasuk dalam penjualan kilang di Thailand apabila rundingan mengenainya bermula,” kata firma berkenaan. 

Eksekutif GM, Holden dan Peugeot-Citroen menafikan Holden adalah sebahagian daripada tawarkan Vauxhall-Opel. 

Pakar perjanjian francais automotif, Bob Gardini menyatakan pengedar Holden mungkin layak menerima pampasan lebih banyak berbanding apa yang telah ditawarkan oleh GM.

“Jika mereka mampu membuktikan HM tahu Holden memang hendak dihentikan, pampasan mungkin 10 kali ganda berbanding sekarang. 

“Sekiranya proseding perundangan dijalankan di AS, pampasan kerugian kewangan boleh ditambah,” kata Gardini. 

Minggu lalu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) menyatakan pihaknya kini memantau penutupan Holden. – CarAdvice

Google ads
Back to top button