Artikel Pilihan

OPEL LOTUS OMEGA – PENCABAR BMW M5 DEKAD 90 AN

Opel Lotus Omega atau juga dikenali dengan nama Vauxhall Lotus Carlton adalah antara hasil ciptaan GM terhebat dekad 90 an. Ia dihasilkan untuk pasaran Eropah dan percaya atau tidak ia adalah lebih berkuasa dari M5 yang sezaman dengannya. Mendapat jolokan sebagai pembunuh supercar, Lotus Omega memang sehebat namanya.

Rasanya korang pun tak pernah dengar tentang kereta ini kan? Kalau Opel Calibra ataupun Opel Astra tu memang kaki main Gran Turismo memang kenal la.

Ia disebenarnya diasaskan daro model Opel Omega sedan dan disuntik dengan pelbagai komponen dan peralatan agar menjadi model halo Opel. Pada masa itu GM memiliki Vauxhall, Opel dan Lotus dan pada masa yang sama juga mereka sedang membangunkan Corvette ZR-1 C4.

Kepakaran Lotus dalam dunia perlumbaan dan rekaan kereta sports digunakan sepenuhnya untuk menukar kereta ini kepada sebuah roket jalanan. Enjin 3.0 liter 24-injap sebaris enam Opel digunakan dan dimodifikasi sepenuhnya. Perbezaan paling ketara ialah penambahan dua pengecas turbo Garret T25 yang mampu menghasilkan tekanan boost maksima 10 psi. Fuh.

Kereta ini menggunakan transmisi manul ZF enam-kelajuan yang sama dengan Corvette ZR-1. Sistem suspense dan breknya juga ditala semula untuk memastikan kuasa berjaya dihantar ke roda belakang dengan selamat sejahtera.

Kelajuan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa hanya 5.2 saat (tahun 90 an ni boh). Kelajuan maksima yang berjaya dicatatkan ialah 284 km/j. Sangat laju tu tuan-tuan pada tahun 90 an. Ia membolehkan kereta ini dinobatkan sebagai kereta sedan produksi terlaju di dunia ketika itu.

Hanya 950 unit dihasilkan dan kesemuanya berwarna hijau tua ataupun Imperial Green. Kemasan dalaman pula bertemakan warna hitam. Biasa la tahun 90 an kan?

Kalau dapat pandu kereta ni memang best lah. Nampak macam kereta ustaz-ustaz pondok je tapi bila tekan minyak BMW M5 E34 pun makan asap. Ingat ini macam Opel Kadett ke?

Google ads
Back to top button