
PEMILIK TESLA MODEL 3 KENA SAMAN PARKIR DI KILANG GM
Sebuah Tesla Model 3 dikenakan saman parkir di kilang pemasangan General Motors (GM) Wentville, Missouri Amerika Syarikat.
Menurut salah seorang attendan parkir di kilang berkenaan, kereta itu diklasifikasikan sebagai kenderaan luar (foreign cars) yang parkir di lot tempatan (domestic lot).
Justeru, ia dikenakan tiket saman kerana melakukan kesalahan parkir di ruang yang salah.
Kilang terbabit mempunyai pembahagian ruang parkir untuk kenderaan tempatan dan kenderaan luar.

“Wentzville sama seperti kilang pengeluaran lain mempunyai polisi parkir dan lokasi letak kenderaan ditetapkan untuk kenderaan GM, kenderaan domestik bukan GM dan kenderaan memiliki plat luar negara.
“Pihak keselamatan kilang secara tidak sengaja beranggapan Tesla merupakan kenderaan luar dan mengeluarkan amaran tersebut,” kata jurucakap GM pada The Drive.
Dia menambah, ia bukanlah saman tetapi hanya amaran kesalahan parkir bermakna pemilik Model 3 tidak perlu membayar saman atas kesalahan attendan parkir tersebut. – carscoops
- BACA: PANASONIC JUAL SEMUA PEGANGAN SAHAM DALAM TESLA RM14.95 BILION
- BACA: TESLA MODEL S PLAID PLUS ‘MATI’ SEBELUM DILAHIRKAN. PLAID SUDAH CUKUP PADU
- BACA: REVIEW MODEL TESLA INI BUAT JEREMY CLARKSON DAN ELON MUSK BERGADUH BESAR
- BACA: BENGANG BREK MODEL 3 ROSAK, WANITA BUAT PROTES DI RUANG PAMERAN TESLA DI AUTO SHANGHAI 2021