" "
Buletin

RIVIAN PENGELUAR KENDERAAN KETIGA PALING BERNILAI DI DUNIA. LEPASI VW, BYD DAN GM

Volkswagen sebelum ini pernah menjadi pengeluar kenderaan ketiga paling berharga di dunia selepas Tesla. Namun, kedudukan itu kini telah dirampas oleh pengeluar trak elektrik Rivian yang menyaksikan nilainya naik sebanyak 15.6 peratus baru-baru ini. 

Syarikat yang berpangkalan di Irvine, California itu dikatakan bernilai AS$151.9 bilion (RM625.7 bilion), sekali gus meletakkan Volkswagen di tempat keempat dengan nilai AS$139.52 bilion (RM584 bilion). Tempat kedua ialah Toyota dengan nilai AS$262.02 bilion. 

Berada di tempat kelima ialah pengeluar kenderaan dari China, BYD dengan anggaran nilai pasaran sebanyak AS$133 bilion (RM556.5 bilion). Ia diikuti oleh Daimler dengan AS$108 bilion (RM452 bilion), GM AS$91 bilion (RM380.8 bilion) dan Lucid di kedudukan kelapan dengan AS$89 bilion (RM372.4 bilion). 

Nilai pasaran syarikat pemula kenderaan elektrik yang dilihat meroket ke tahap tidak pernah dijangka nampaknya tidak lagi mengejutkan selepas Tesla menjadi pengeluar kereta paling berharga. Walaupun jumlah pengeluarannya jauh lebih kecil berbanding Volkswagen, Toyota, Daimler atau Stellantis. 

Jumlah jualan sebenarnya bukan penentu kepada penilaian. Apa yang penting ialah pertumbuhan berterusan dan berapa banyak wang yang boleh dijana bagi setiao kenderaan.

Sebab itulah pengeluar kenderaan elektrik berskala kecil seperti Nio, XPeng dan Li Auto dilihat terus mendaki untuk mendapat kedudukan lebih baik.  

Google ads
Back to top button