
GM, WULING UNTUNG RM60 JE SEUNIT HONG GUANG MINI EV
Kenderaan elektrik (EV) paling laris di negara China pada tahun lalu, Hong Guang MINI EV merupakan kerjasama General Motors dan Wuling.
Pada tahun ini, beberapa unjuran menunjukkan bahawa pembikin kenderaan itu kemungkinan akan menjual sebanyak 400,000 unit.
Salah satu tarikan EV berkenaan merupakan harganya yang sangat murah dijual pada harga AS$4,000 (RM16,759) sahaja kepada para pelanggan.
Bagaimanapun, senario tersebut mengecilkan pulangan keuntungan dalam jualan EV itu.
Menurut laporan Xcar China, GM dan Wuling hanya mencatatkan keuntungan kira-kira AS$13.73 melalui jualan satu unit Hong Guang MINI EV.
Keuntungan kecil tidak melemahkan dua jenama pengeluar terbabit malah jika mampu menjual sebanyak 400,000 unit ia mampu menjana sehingga AS$5.5 juta (RM23 juta).
Hong Guang MINI EV mula diperkenalkan tahun lalu, menawarkan motor elektrik yang mampu menjana kuasa 17.4 hp.
Ia berupaya bergerak sejauh 120 km melalui bateri berkapasiti kecil manakala boleh mencecah 170 km dengan varian bateri paling berkuasa dalam sekali cas dan kelajuan maksimum 100 km/j. –carscoops