Artikel Pilihan

PERLINDUNGAN TAKAFUL CERMIN DEPAN KERETA, MAHAL KE MURAH?

Kalau anda memiliki kenderaan, adalah menjadi lumrah untuk memperbaharui polisi perlindungan takaful atau insuran bagi kenderaan anda. Harga polisi adalah bergantung kepada nilai semasa kenderaan anda. Anda boleh memilih samaada Agreed Value atau Market Value

Kalau anda tidak pernah membuat tuntutan kemalangan dalam masa 5 tahun, anda akan dihadiahkan dengan NCD (Non collected discount) sebanyak 55%. Wow banyak kan. Ia akan menyebabkan harga polisi perlindungan untuk kenderaan anda menjadi lagi murah.

Tapi sebelum anda meneruskan dengan pembayaran polisi, pastikan anda menambah 2 perkara dalam polisi anda. Yang pertama ialah polisi perlindungan bencana alam (telah dihuraikan) dan yang kedua ialah polisi perlindungan untuk cermin depan (windscreen)

Tapi sebenarnya yang paling utama ialah perlindungan bencana alam, sebab jika dibandingkan dengan perlindungan cermin depan ia sebenarnya masih mampu diuruskan dengan wang simpanan anda. Bergantung pada model kereta kos penukaran cermin jika dibaiki secara tunai mungkin dalam anggaran RM 700 sehingga Rm 2000, bergantung pada model dan jenama kenderaan

Tapi kalau anda memandu kereta yang berjenama mahal dan sukar didapati, harga cermin depan boleh menjangkau sehingga RM 5000. Jika kereta anda tenggelam banjir, harga pembaikan mungkin mencecah puluhan ribu dan silap haribulan kereta anda boleh terus “total lost” disebabkan beyond economic repair. Pinjaman kena bayar, kereta sudah rosak.

Berbalik pada cermin depan, anda perlu membayar sekitar 15% daripada nilai atau harga cermin depan kereta. Katakanlah cermin depan kereta anda berharga RM 1000, maka anda perlu membayar RM 150 untuk perlindungan cermin depan.

Sebagai contoh anda hanya mahu menilai cermin depan anda dengan RM 800 sahaja dan membayar RM 120 sahaja pun tak ada masalah. Cuma jika cermin depan anda rosak dan pecah, pihak takaful hanya akan membayar sebanyak RM 800 sahaja. Baki RM 200 perlu dibayar secara tunai oleh anda

Nak berjimat RM 30, dah kena keluar RM 200. Jika anda langsung tiada perlindungan cermin depan, maka anda mesti membayar RM 1000 tadi secara tunai. Tapi bolehkah pemilik membuat penukaran cermin depan secara percuma walaupun tidak membeli perlindungan takaful?

Broken Windshield

Hasill pembacaan penulis mendapati, pemilik masih boleh membuat tuntutan penukaran cermin depan secara percuma tapi proses ini akan mengorbankan nilai NCD polisi takaful. Kalau anda ada 55% NCD, maka NCD ini akan hangus begitu saja.

Anda perlu memperbaharui takaful anda pada tahun depan dengan 0% NCD dan ini menyebabkan harga polisi anda bertambah mahal pada tahun depan. Polisi perlindungan cermin depan ini juga boleh digunakan untuk membaiki rekahan kecil pada cermin tanpa mengeluarkan duit.

Katakanlah rekahan kecil tadi dinaiki dengan kos RM 200, maka masih lagi ada baki sebanyak RM 800 yang boleh digunakan selagi takaful masih berjalan. Polisi cermin depan biasa akan dibeli semasa memperbaharui takaful tahunan, tapi anda boleh saja membeli perlindungan tambahan di lain waktu.

Mungkin ada beberapa SOP tambahan yang perlu dibuat sekiranya anda membeli perlindungan cermin selepas takaful kereta telah lama berjalan. Ok ini ada berita yang kurang baik bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi dengan ciri brek keselamatan automatik (AEB).

Seperti yang kita tahu teknologi AEB sebenarnya boleh menggurangkan kebarangkalian kita mengalami kemalangan dengan penggunaan kamera stereo yang dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligent pada cermin depan. Tapi teknologi ini bukan murah tuan-tuan

Sebagai contoh cermin depan Toyota Vios 2019 yang tidak dilengkapi dengan dengan Pre Collision System berharga RM 1500. Bagi model baru 2021 yang dilengkapi dengan PCS, harga cermin meningkat kepada RM 2500. Ini bermakna anda perlu membayar tambahan RM 375 bagi model 2021 berbanding RM 225 bagi model 2019

Tambahan pula pemasangan kamera AEB ini memerlukan ia dipasang oleh juruteknik bertauliah serta dikalibrasi semula bagi memastikan ia berfungsi mengikut parameter yang telah ditetapkan. Jadi sila semak dengan pusat servis, kedai cermin dan bengkel mengenai harga cermin depan kereta anda.

Jangan tersilap beli polisi di bawah harga semasa (undervalue). Tapi pada masa yang sama, kami menyeru kepada penyedia perkhidmatan takaful, jika pemandu tidak pernah membuat tuntutan kemalangan dalam masa 5 tahun dan memandu kenderaan dengan ciri AEB, rasanya bagus juga mereka diberikan diskaun tambahan 5-10% lagi kan.

Ini akan menyebabkan lebih ramai pemandu beralih kepada kenderaan yang dilengkapi dengan ciri moden sekaligus mengurangkan lagi risiko kebarangkalian kemalangan untuk berlaku pada masa depan.

Google ads
Back to top button