Buletin

GOCAR MALAYSIA, YINSON GREENTECH TAWAR ORA GOOD CAT MELALUI GOCAR SHARE, SERENDAH RM23.90 SEJAM

GoCar Malaysia dan Yinson GreenTech umum jalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.

Usaha sama itu hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian perniagaan pajakan YGT EV, drivEV.

Kolaborasi baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kedua-dua syarikat untuk meluaskan akses terhadap pengalaman memandu EV, selain mempromosikan peralihan kepada EV di dalam negara.

EV Ora Good Cat boleh didapati untuk tempahan GoCar Share Round Trip (pergi-balik) di lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang seperti Berjaya Times Square, The Linc, Lalaport KL, Eco Ardence, Eco Grandeur dan GoCar Malaysia PJ.

Penguna GoCar boleh merasai pengalaman memandu Ora Good Cat pada harga mampu milik iaitu RM23.90 sejam dengan akses percuma ke atas semua pengecas AC dalam rangkaian YGT.

Bukan itu sahaja, lebih lama tempoh tempahan pengguna, lebih banyak penjimatan boleh mereka nikmati.

Untuk perincian tentang kadar harian dan penjimatan adalah seperti berikut:

1 hari – 2 hariRM239
3 – 6 hariRM215 Penjimatan +10% (vs kadar 1 hari)
7 – 13 hariRM194Penjimatan +10% (vs kadar 3 hari)
14 – 29 hariRM174Penjimatan +10% (vs kadar 7 hari)
30 hari dan seterusnyaRM157Penjimatan +10% (vs kadar 14 hari)

Pengenalan Ora Good Cat melalui GoCar hanyalah permulaan Kerjasama di antara GoCar dan drivEV yang merancang untuk memperkenalkan model-model lebih menarik serta meluaskan perkhidmatannya melangkaui kawasan Lembah Klang.

Untuk merasai sendiri pengalaman memandu Ora Good Cat menerusi GoCar Share atau model-model lain yang ditawarkan oleh GoCar Share, sila download aplikasi mudah alih GoCar.

Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, dila layari laman web https://new.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok GoCar Malaysia.

Google ads
Back to top button