Artikel Pilihan

MENGEMBARA DENGAN EV NISSSAN LEAF. MENGAPA TIDAK?

Rata-rata masyarakat dunia pasti cukup skeptikal tentang penggunaan kereta elektrik (EV) sebagai kenderaan harian atau pun sebagai kenderaan untuk perjalanan jarak jauh. Iyalah, orang kata EV ini leceh sikit pasal kerap nak kena caj serupa pakai telefon Samsung. Entahlah, Brader Karrager sendiri pun pakai telefon Nokia 3310 aja, bateri tahan lima hari. Kalau main game ular selalu, bolehlah tahan sampai tiga hari.

BACA : NISSAN LEAF BAKAL DIJUAL DI MALAYSIA? ADA YANG BERMINAT?

BACA : NISSAN LEAF KINI MENYERTAI LAPANGAN TERBANG HEATHROW

Tapi tahukah bahawa, ada seorang anak muda dari Polan, Marek Kaminski membuat kerja sedikit gila, apabila memutuskan untuk mengembara dengan menggunakan Nissan Leaf. Merentas benua. Dari Poland, membawa sehingga ke bumi Jepun.

Marek Kaminsk memulakan perjalaanan dari Zakopane, Poland merentasi dua benua meliputi lapan buah negara dengan bentuk permukaan muka bumi yang mencabar. Bila dah melalui pelbagai kawasan dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, sudah tentu keupayaan Nissan Leaf generasi ini untuk tiba di Tokyo tanpa sebarang masalah merupakan suatu kejayaan.

Kereta EV ini turut dipasang pelekat  #NoTraceExpedition ini bukanlah bermaksud kereta ini hilang dan tidak boleh dikesan daripada radar Google ke apa. Tapi ianya lebih kepada membawa maksud kempen Go Green di mana kereta NIssan Leaf ini tidak meninggalkan sebarang kesan / pencemaran alam sekitar walau pun ianya telah menjelajah jauh ke ceruk dunia.

Marek telah mengharungi jarak perjalanan sejauh 16,000 km dan berjaya menghabiskan jarak perjalanan dalam tempoh 60 hari sahaja. Boleh tahan laju jugalah beliau pandu supaya lekas tiba di Tokyo.

Menurut Marek, pengembaraan ini bukanlah hanya semata tiba ke destinasi, tapi juga merupakan pengalaman bersama Nissan Leaf dalam mengharungi perjalanan itu sendiri. Keupayaan Nissan Leaf.

Dalam tempoh itu, Marek telah mengecas sebanyak 53 Nissan Leaf beliau dengan purata jarak perjalanan sejauh 250km dalam tempoh sehari. Tapi Nissan Leaf ini juga pernah dipandu dengan jarak menjangkau sehingga 493km dalam seharian pemanduan. Cukup untuk membuktikan ketahanan bahawa Nissan Leaf ini juga boleh dilanyak sedemikian rupa.

Mazda CX30

Sebetulnya Nissan tidak perlu pun membuat ‘promosi’ sebegini, kerana Nissan Leaf sudah terbukti sebagai sebuah EV yang paling popular di Eropah. Iyalah, benda dah terbaik. sesekali kena show off juga. Kan?

Oh ya, selepas ini, Brader Marek ini akan kembali semula ke Poland dengan menaiki Leaf juga. Habislah kematu punggung!

 

 

Tags
Google ads
Back to top button