Buletin

GRAPLLLER POLICE BUMPER: PERANTI BERKESAN TANGKAP PENJENAYAH

Kalau kita biasa tengok rancangan mengenai jenayah di Amerika Syarikat (AS), mesti ada aksi kejar mengejar di antara kereta polis dengan penjenayah.

Insiden sebegitu pastinya membahayakan sesiapa sahaja yang kebetulan berada di atas jalan raya. Sudah pasti pasukan polis AS ada prosedur standard operasi atau SOP yang perlu diikuti, tetapi tahap keberkesanannya masih diragui.

Oleh sebab itu jugalah, penjenayah yang sepatutnya ditahan lebih awal, masih sempat memecut. Kalau jenis yang bawa Mitsubishi Evo atau Porsche, lagi lah susah nak tangkap.

Statistik juga menunjukkan bahawa kejadian itu biasanya berakhir dengan kemalangan dan pastinya ada yang tercedera.

peranti-grappler-police-mekanika-3

Masalah itu menarik perhatian seorang lelaki, Leonard Stock dari Peoria, Arizona. Selepas melihat seorang pemandu yang tidak bersalah cedera parah, dia cukup marah. Kemudian, pada pukul 3.00 pagi, dia mendapat idea ini.

Stock memanggilnya sebagai Grappler Police Bumper dan mengambil selama lapan tahun untuk menyiapkannya. Kini, Grappler Police Bumper nampaknya sudah bersedia untuk diguna dan dikomersialkan.

peranti-grappler-police-mekanika-5

Jika melihat kepada video di atas, peranti tersebut bertindak seperti perangkap. Kereta polis perlu ‘meletakkan’ perangkap itu pada tayar belakang kenderaan yang dikejar. Sebaik sahaja mengena, tali itu akan menjerut tayar, memperlahan, membocorkannya dan membuatkan kenderaan tidak dapat bergerak lagi.

Dengan Grappler Police Bumper, polis dikatakan mampu mengawal kenderaan penjenayah dengan lebih baik dan mengelak daripada terlibat dalam kemalangan.

peranti-grappler-police-mekanika-2

Jika penjenayah keluar dari kenderaan dan melarikan diri, tali pada Grappler Police Bumper boleh ditanggalkan secara serta-merta bagi membolehkan polis mengejar mereka.

Bagaimanapun, alat itu dikatakan perlu menjalani banyak ujian sebelum ia boleh digunakan dengan selamat oleh pihak berkuasa. Tetapi, jika dilihat sepintas lalu, ia memang berkesan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button