Buletin

SKODA FABIA SEDIA BERKHIDMAT SEBAGAI MPV POLIS DI UK

Untuk bandar yang sesak seperti di UK, penggunaan kereta pantas seperti supercar mungkin tidak berbaloi untuk tugasan seharian.

Oleh sebab itu, Skoda baru-baru ini memperlihatkan generasi keempat hatchback Fabia yang disediakan khusus untuk pasukan polis di negara tersebut.

Menurut Skoda, model generasi baharu itu merupakan kereta yang ideal untuk kegunaan pihak berkuasa, lebih besar dan lebih selamat dengan sembilan beg udara, penarafan lima bintang Euro NCAP dan ciri ADAS.

Antara perkara wajib yang dipasangkan pada MPV baharu ini termasuklah liveri Battenburg kuning biru, bar lampu strob pada bahagian bumbung, tambahan LED pada gril hadapan, sistem siren, serta platform komunikasi kecemasan.

Ruang kargo di bahagian belakang adalah sebesar 380 liter, dan boleh dibesarkan sehingga 1,190 liter untuk memuatkan apa jua kelengkapan ketika bertugas.

Untuk pihak berkuasa, Skoda menawarkan satu pakej menyeluruh merangkumi proses penukaran kepada MPV, perkhidmatan pemulihan kerosakan tepi jalan, servis penyelenggaraan serta pembaikan.

Google ads
Back to top button