Motosikal

HVN LANCAR SKUTER SH 125i/150i BAHARU DI PASARAN VIETNAM

Selain Thailand dan Indonesia, satu lagi pasaran motosikal yang paling pantas berkembang ialah Vietnam. 

Pasarannya yang besar membuatkan banyak sekali pengeluar motosikal berlumba-lumba untuk melancarkan model terbaik mereka di sana. Terbaharu, Honda Honda Vietnam Co., Ltd. (HVN) memperkenalkan siri skuter SH 125i/150i.

honda-sh-125i-150i-vietnam-mekanika-4

SH 125i/150i dipasarkan di peringkat global dan Vietnam merupakan antara pasaran terawal yang menerimanya. Selaku hab pengilangan, HVN turut merancang untuk mengeksport model tersebut ke pasaran lain.

HVN percaya dengan mengeksport model SH ke pasaran global, ia mampu meningkatkan keyakinan pengguna di Vitenam terhadap skuter yang dihasilkannya.

honda-sh-125i-150i-vietnam-mekanika-3

Generasi pertama siri SH diperkenalkan pada tahun 1984 dan pantas menjadi skuter yang popular di Eropah. Reka bentuk bergaya, prestasi, penjimatan bahan api dan keselesaan menjadi aspek penting penerimaan pengguna terhadap SH. Skuter SH mempunyai rangkaian enjin yang luas bermula 50 hingga 300cc.

SH 125i/150i mula dilancarkan di Vietnam pada tahun 2009. Sudah pasti, model baharu ini menerima banyak penambahbaikan.

honda-sh-125i-150i-vietnam-mekanika-7

Skuter itu kini menggunakan Sistem Lampu LED Segerak untuk lampu utama, lampu isyarat membelok dan lampu brek. Meter elektronik ditukar dengan reka bentuk 3D dengan speedometer diapit oleh meter minyak dan air.
Skuter itu dipasang dengan rim bersaiz 16 inci untuk tampil lebih menarik. Selain menawarkan lebih kestabilan.

SH 125i/150i  dikuasakan oleh enjin enhanced Smart Power (eSP) generasi baru. Ia dilengkapi beberapa teknologi seperti Programmed Fuel Injection (PGM FI), penghidup Alternating Current Generator (ACG), Idling Stop, Intelligent Low Friction dan sistem pembakaran lengkap. Semua ini membuatkan operasi enjin lebih senyap, berprestasi, jimat dan kurang emisi.

honda-sh-125i-150i-vietnam-mekanika-2

Model itu juga didatangkan dengan sistem SMART Key. Ia mempunyai sistem penggera, kunci dan buka dari jauh serta Position Finding yang berguna ketika hendak mencari motosikal di kawasan parkir yang luas.

Bagi meningkatkan aspek keselamatan, skuter tersebut dipasang dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran pada roda hadapan dan belakang. Sementara kotak bahagian hadapan ditambah dengan soket kuasa dan penyangkut untuk memberi lebih kemudahan kepada penunggang.

HVN menawarkan dua varian untuk setiap model SH 125i dan 150i yang dibezakan dengan CBS (Combi Braking System) serta brek ABS. SH125i dan 150i ditawarkan pada harga bermula RM13,273 hingga RM17,500 seunit. Mahal gila siot!!

Google ads
Back to top button